Saturday 30 January 2010

:: Kisah di lubuk ikan

Burung camar tunjuk lubuk ikan

Oleh Nuri Angkasa


HAMPIR tiga bulan kumpulan yang menggelarkan dirinya Naga Sari yang rata-rata kalangan kaki pancing dari Kota Tinggi, Sempang Renggam dan kawasan sekitarnya.

Kumpulan ini sering menempuh pelbagai peristiwa suka duka sama ada di laut, sungai, kolam dan tasik. Justeru, pengalaman mereka menjadi tebal dan sebati dalam jiwa mereka.

Badrul (bukan nama sebenar) anak jati Sempang Renggam mengetuai ekspedisi tiga hari dua malam di perairan Pulau Tokong Burung bersama lapan rakan pancing dari Kota Tinggi dan tanah rancangan Felda Nitar.


Bertitik tolak 20 tahun berlalu, tetapi cerita aneh mengheret misteri hingga sekarang ini. Namun Badrul yang ini sudah berusia 50 tahun masih mengingati detik-detik yang dikaitkan antara percaya dengan tidak. Tetapi hakikatnya peristiwa itu adalah satu kebenaran yang nyata dan berlaku di hadapan mata.

Hari itu adalah hari penentu arah tuju kumpulan mereka memancing di lokasi Tokong Burung kerana sudah hampir tiga bulan berulang alik di lokasi memancing yang sama tetapi hasilnya tidak berbaloi. Kami sudah cukup bosan dan kecewa, cerita Badrul lagi sambil memberi ingat kepada tekong bahawa ini adalah trip terakhir bagi mereka menggunakan khidmat tekong itu.

Kumpulan Naga Sari (kini sudah tidak wujud lagi) berlepas dari jeti nelayan di Penyabong, Endau dekat Mersing, awal pagi. Tekong Imran kini kena berhati-hati mencari lubuk atau tukun kerana hatinya juga terpanggil untuk memberi kepuasan kepada pemancing Kumpulan Naga Sari yang masih belum bertemu dengan rezeki tangkapan yang lumayan.

Lokasi kapal karam dan unjam tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Ada saja alasan yang menghalang.
Malam itu, mereka berehat. Semua kaki pancing menggantung joran. Tiada seorang pun yang memancing walaupun lokasi itu adalah tukun karang semula jadi yang menjadi tempat kerapu berumah kekal di situ.

Tekong Imran bersama pembantunya terpaksa membuat sesuatu. Sebelum menjelang subuh esoknya, bot Imran merapati ke Pulau Tokong Burung sekali lagi.

Kali ini tekong Imran berdiri di haluan botnya lalu memandang ke langit. Muka dan kepalanya penuh dengan tahi burung camar laut yang begitu banyak mendiami Tokong Burung.

Mereka yang sudah terjaga agak hairan melihat kelakuan tekong Imran, tambah Badrul lagi dan bangun membasuh muka.


Seekor burung camar laut yang berwarna putih kelabu bertenggek atas kepala tekong Imran dan kemudian terbang menghala satu arah ke timur lubuk kapal karam.

Burung camar laut berpatah balik dan terbang mengelilingi bot mereka dan terbang semula. Lalu bot tekong Imran mengikut burung itu. Sauh dilabuhkan di tempat burung camar menjunam ke laut beberapa kali dan terbang hilang menuju ke Pulau Tokong Burung.

Di lokasi itu, mereka bertarung dengan ikan jemuduk. Mereka tidak cukup tangan apabila seekor demi seekor ikan didaratkan hingga tidak sampai beberapa jam mereka sudah mengumpul tangkapan lebih dua tong merah.

“Woi! Berbaloi!” cerita Badrul sambil menggeleng-geleng kepala memandang penulis yang cuma dapat tersenyum.

Beliau terus menyambung cerita dengan wajah yang lebih berani. Katanya, sebaik saja ikan jemuduk mula tidak aktif lagi memburu umpan, datang semula burung camar laut yang sama mengelilingi bot beberapa kali. Ia kemudian terus menghalang di Pulau Seri Buat kemudian berpatah balik mendekati bot dan pergi semula ke pulau itu.

Tekong Imran mengarahkan semula pemancing menggulung tali pancing dan terus beredar ke Pulau Seri Buat mengikut burung berbulu putih kelabu yang masih terbang arah timur. Ia mendekati satu lubuk tepi pulau itu lalu menjunam beberapa kali dan kemudian terbang semula ke arah ke Pulau Tokong Burung.

Imran menurunkan sauh. Serentak dengan itu, ribut datang dengan tiba-tiba. Gelombang besar menguasai perairan laut tetapi tempat mereka berada selamat dan terlindung, cerita Badrul yang mengakui bahawa burung camar laut bukan burung sebarangan.

Beliau menyifatkan burung itu seekor burung penyelamat dan petunjuk arah terbaik untuk kumpulan mereka. Malah hingga sekarang ini pun jika pemancing bernasib baik akan bertemu dengan burung camar ini sambil menunjuk arah mendapat rezeki yang lumayan atau berlindung selamat dari ribut dan gelombang besar.

Namun misteri tetap misteri dan kepercayaan mesti berpijak atas kebenaran yang realiti.

Friday 29 January 2010

:: Tidur ditemani puteri bunian?

Puteri bunian teman Pak Su Nus tidur

Oleh Sabaruddin Abd Ghani


MASYARAKAT dulu, terutama yang tinggal di pedalaman begitu taksub dengan kepercayaan karut-marut. Antaranya fobia dengan bulan mengambang. Kehadiran bulan yang melimpahkan cahaya di segenap alam itu dikaitkan dengan beberapa kejadian berunsur tahyul. Kenapa ini boleh berlaku? Apakah minda mereka terpenjara dengan lakonan syaitan?

Tetapi lain pula halnya dengan tiga sahabat iaitu Pak Ngah Rushi, Pawang Suhud dan Pak Su Nus. Mereka gemar menjala ikan pada waktu malam. Hobi sebegini yang tidak disenangi penduduk kampung.

Pendirian mereka jelas. Mereka tidak mudah percaya dengan kepercayaan yang tidak berpijak di bumi nyata. Mereka tidak mahu menjadi hamba kepada iblis dan syaitan! Cuma Allah saja tempat berlindung dan memohon pertolongan. Syirik berkiblatkan yang lain! Itu pegangan hidup tiga sahabat berkenaan.


Paling berpengalaman, Pawang Suhud (sudah meninggal dunia), rakan baik tiga serangkai ini menjadikan Sungai Lipis dekat Benta, Pahang sebagai lokasi menjala ikan. Anehnya, mereka tidak gemar menjala pada waktu siang, sebaliknya waktu malam menjadi pilihan, terutama ketika bulan mengambang.

Kisah menarik dialami tiga rakan ini berlaku pada awal 60-an. Sudah melewati setengah abad namun Pak Ngah Rushi yang kini berusia 70 tahun masih boleh mengingati peristiwa paling aneh pernah ditempuhinya itu.

Pak Ngah Rushi yang pada masa itu tinggal dan berkerja di Ladang Budu mengenali Pawang Suhud agak lama juga. Kalau bukan kerana Pawang Suhud seorang pengusaha gula kabung di Kampung Peruang, sudah tentu mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

“Kebiasaannya, musim kemarau dan waktu malam menjadi pilihan kami meredah sungai berkenaan mencari ikan. Bagaikan terkena candu, kami tidak senang duduk jika tidak menjala di sungai itu apatah lagi ketika bulan penuh.

“Hasil tangkapan berbaloi ketika musim kemarau melanda daerah Kuala Lipis agak lama. Ini membuatkan kami kemaruk hingga sanggup bermalam di tepi sungai berkenaan,” kata Pak Ngah Rushi.

Pak Ngah Rushi yang kini kembali menetap di Semeling, Kedah setelah pernah merantau di Benta selama hampir 10 tahun berkata, lokasi sekitar Jeram Besu terkenal dengan ikan seperti kenerap, sebarau, kaloi, baung dan tengas kerana arusnya agak deras selain berbatu.

Beliau yang masih sihat penglihatan dan pendengaran terus bercerita mengenai pengalaman menjala ikan bersama Pawang Suhud dan Pak Su Nus (juga sudah meninggal). Pawang Suhud dan Pak Su Nus yang tinggal di Kampung Peruang sanggup berjalan kaki sejauh kira-kira 6 kilometer kerana ketika itu belum ada jalan raya dibina di kampung berkenaan.

Tanpa menggunakan lampu suluh (kerana bulan mengambang), tiga rakan baik itu rancak menebar jala di lokasi yang paras airnya hanya paras lutut. Sesekali suasana hening terhibur dengan kesayuan suara burung pungguk. Hingga jam melepasi 10 malam, hasil tangkapan diperoleh lebih daripada cukup untuk dimakan. Ketika berehat seketika di tebing sungai sambil menghirup kopi o dan menghisap rokok daun, mereka disapa seorang lelaki separuh usia ditemani isterinya menjinjing jala menghala ke arah hulu sungai.

Mengesyaki sepasang suami isteri itu mungkin penduduk kampung berdekatan, tiga sahabat terbabit tidak menghiraukan mereka berlalu dari situ. Mereka terus menghirup kopi o yang dicicah biskut kering untuk mengalas perut.

Ketika Pak Ngah Rushi cuba menanggalkan jala yang tersangkut di celah batu, dia terpandang beberapa biji limau purut terapung di suatu kawasan yang airnya agak tenang.

“Pawang Suhud yang sememangnya arif dengan perkara misteri mengarahkan kami buat tak tahu saja sambil kami menjejak dari arah mana buah itu hanyut.

“Ketika sampai di suatu jeram yang airnya kurang deras, pak cik teruja apabila melihat kawasan itu diterangi cahaya kerdipan kelip-kelip dalam bilangan yang amat banyak. Dalam suasana hening diterangi bulan purnama, kawasan itu terserlah indah hingga membuatkan kami seakan terpukau menyaksikan fenomena aneh itu.

“Pawang Suhud yang dapat menerima isyarat fenomena menakjubkan itu sekali lagi mengarahkan kami berdiam diri sambil memerhatikan perkembangan seterusnya,” cerita Pak Ngah Rushi lagi.

Selama hampir setengah jam mereka memerhatikan kejadian itu, pelbagai perkara pelik seperti terhidu bau sabun mandi, air mengalir berbuih dan wangian semerbak menerjah ruang persekitaran.

Lebih teruja , kata Pak Ngah Rushi lagi ialah apabila Pak Su Nus ternampak kelibat beberapa gadis berkemban menyelinap di sebalik batu besar. Yang menghairankan, kemunculan gadis itu dalam beberapa saat hanya dapat dilihat Pak Su Nus.

Bimbang kehadiran mereka disedari makhluk halus itu, penjala diketuai Pawang Suhud itu beredar semula ke khemah pisang sesikat yang didirikan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Kejadian aneh tidak hanya berkesudahan di lokasi jeram kelip-kelip itu. Pada malam itu, dalam keadaan antara terlelap dan jaga, Pak Su Nus yang tersentuh badan Pawang Suhud yang sasa terasa lembut dan gebu. Bahagian muka orang tua itu juga terasa lembut, tiada misai dan janggut.

Pawang Suhud yang terjaga lantaran tindakan Pak Su Nus seperti mengigau itu kehairanan lantas mengejutkannya. Apabila terjaga, wajah Pawang Suhud direnung Pak Su Nus agak lama tapi kemudian kembali tidur.

Keesokan harinya selepas sarapan, Pak Su Nus menceritakan apa yang dialami pada malam itu. Sama ada realiti atau gangguan perasaan, Pak Su Nus menceritakan dia didatangi seorang gadis cantik lalu berbaring di sebelahnya.

Untuk tidak mahu dia dipersendakan, Pak Su Nus yang lurus bendul itu menunjukkan sekuntum bunga raya merah muda dijumpai dalam poket seluarnya. Siapa yang memberi dan meletakkan bunga dalam poket seluar orang tua itu?

Pengalaman diketemukan jeram kelip-kelip dipercayai tempat puteri bunian mandi itu dijadikan iktibar Pak Ngah Rushi. Ketaksuban masyarakat zaman dulu terhadap perkara yang gagal diselami akal manusia berasas kerana Allah turut mencipta makhluk lain selain manusia.

“Menurut fahaman orang tua dulu, bulan mengambang sering dikaitkan dengan kejadian menyeramkan seperti langsuir berkeliaran, anjing menyalak menandakan ternampak makhluk halus dan waktu digemari orang bunian atau pari-pari mandi di sungai atau air terjun,” kata Pak Ngah Rushi mengakhiri perbualan kami.

Thursday 28 January 2010

:: Beting Beras Basah dikawal 7 jin ?

Misteri: 'Penjara ghaib' Beting Beras Basah

Oleh Hazirah Che Sab


Ariffin Mohd Dahlan berdiri di samping bendera di Beting Beras Basah, empat tahun lalu.

Lokasi wajib tabal Sultan di Sungai Perak ini turut dikenali lubuk misteri

KAWASAN Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh Perak, sememangnya sinonim dengan catatan sejarah kesultanan Perak sejak sekian lamanya. Namun, di sebalik kewujudannya sebagai lokasi wajib diziarahi Sultan baru, ada pelbagai catatan lain yang mengaitkannya sebagai lubuk misteri yang menggerunkan.

Ini termasuk kaitannya sebagai tempat penunggu, tempat makhluk ghaib ‘dipenjara’, selain kewujudan lubuk pusar ketika air pasang.

Menyingkap kewujudannya, penyelidik dan pengkaji sejarah, Ariffin Mohd Dahlan atau Pak Engku mendakwa semuanya bermula pada 1528 apabila pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah, pemerintah terakhir Melaka yang bersemayam di Kampar, Sumatera, ketika itu.

Permintaan mereka ialah supaya salah seorang putera baginda dijadikan pemerintah Perak yang tidak mempunyai Sultan. Permintaan itu diperkenankan dan Raja Muzaffar dititah menjadi pemerintah Perak pertama.

“Bagaimanapun Raja Muzaffar lari ke Pagar Ruyong ketika itu kerana merajuk apabila adindanya dilantik Sultan Johor, sedangkan beliau anak sulung. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti nobat, nafiri, pedang Chura Simanjakini, cop mohor halilintar dan beberapa alat lain.

"Rombongan diiringi Megat Terawis. Mereka singgah di Siak, kemudian ke Klang dan seterusnya ke kuala Sungai Perak dengan pelayaran dikemudi Nakhoda Tumi. Bagaimanapun, bahtera Raja Muzaffar dilanda ribut taufan dan ombak besar ketika melalui kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Bahtera baginda tidak boleh bergerak sehingga terpaksa membuang segala peralatan kecuali alat kebesaran diraja,” katanya pada majlis sembang sejarah Kesultanan Perak, baru-baru ini.

Pak Engku berkata, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut.

“Arahan itu dituruti Raja Muzaffar. Selepas itu barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar. Sejak itu, Perak tidak memakai gelaran Tengku Mahkota memandangkan mahkotanya sudah dibuang sebaliknya diganti dengan gelaran Raja Muda.

“Selepas Raja Muzaffar berseru ‘Selikit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilingkung Ular Saktimuna, Sebenarnya Aku Menjadi Raja, Jauhkan Segala Malapetaka, Perpisahan Aku Di Selat Melaka” barulah bahtera baginda dapat bergerak ke tepi tebing dan disambut rakyat negeri Perak yang diketuai Tun Saban. Baginda kemudian dibawa mudik ke hulu dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang,” katanya.

Kajian Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdullah Jumain Abu Samah, pula menyebut Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan.

Bagi Pak Engku, lokasi Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak dan menghala ke selat Melaka itu juga kaya dengan pelbagai misteri tersendiri.

“Kawasan beting ialah kawasan lubuk pusar yang kadang-kadang timbul dan tenggelam apabila air pasang. Keadaan pasirnya keras dan putih, seluas padang bola seperti beras basah. Ia tempat pertabalan Sultan Perak sejak Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak pertama pada 1528 hingga sekarang. Setiap Sultan yang bakal menduduki takhta Perak dimestikan menziarahi Beting Beras Basah dan menjejakkan kaki di atas beting pasir,” katanya.

Beliau berkata, kawasan lubuk pusar itu dikenali sebagai Tasik Pawa Janggi dan menurut cerita rakyat Perak, ia tempat yang digeruni kerana banyak perkara misteri berlaku. Di dasar tasik itu dikatakan mempunyai kerajaan yang diperintah tujuh jin.

Kawasan berkenaan dikatakan menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib yang jahat sejak dulu sehingga sekarang.

“Ia juga dikatakan ‘pusat’ makhluk ghaib seluruh dunia, termasuk Islam serta perkampungan orang bunian,” katanya yang turut berharap catatan sejarah itu mendapat perhatian dan pengiktirafan Persatuan Sejarah Malaysia dan bahannya dapat dibukukan untuk tatapan serta rujukan pencinta sejarah tanah air,” katanya.

Malah, Pak Engku sendiri tidak terkecuali mengalami pengalaman pelik sepanjang mengenali Beting Beras Basah.

“Saya bermimpi seseorang berpakaian ihram, duduk di atas sejadah mengarahkan supaya saya ke Beting Beras Basah. Saya ingat tarikh pertama kali ke sana iaitu 5 Januari 1976. Pada jam 6.30 pagi saya bertolak dari jeti Sepani Kampung Kayan, Bagan Datoh menyusuri Sungai Perak sehingga tiba di Beting Tepi, tempat pertabalan Sultan Perak pada jam 7.00 pagi.

“Saya turun ke laut mengambil segenggam tanah dan kemudian menuju ke muara Sungai Perak di kawasan lubuk pusar Beting Beras Basah iaitu beting tengah,” katanya.

Selama hampir 15 minit, bot yang dinaikinya mengelilingi lubuk pusar itu sementara menanti beting berkenaan muncul.

“Tiba-tiba saya ternampak kain berwarna-warni muncul dari lubuk pusar itu. Apabila air semakin surut, beting timbul dan saya dapati ada bendera tujuh warna terikat di tujuh batang tiang setinggi kira-kira 4.5 meter.

“Kain berkenaan berwarna putih, hijau, kuning, biru, merah, hitam dan ungu. Kain dengan warna bendera negeri perak berada pada tiga tiang tengah, dua lagi tiang dengan kain pelbagai warna itu di kiri dan kanan tiang bendera perak, manakala kain putih membentuk tiga segi di hujung kiri dan kanan,” katanya.

Beliau mendakwa warna berkenaan mewakili setiap satu jin yang memerintah kerajaan bawah laut. Pada jam 7.20 pagi berkenaan, Pak Engku meminta pawang yang mengiringinya membacakan tahlil dan doa arwah di situ. Selesai majlis beliau terus menuju ke kolam air pusar membawa kain tujuh warna yang dibawa untuk diikat pada tiang bendera negeri Perak.

“Pada awalnya ia tiada masalah tetapi sebaik menghampiri kawasan pusar itu, saya tidak boleh melangkah seolah-olah ada sesuatu yang menghalang.

“Saya cuba merempuh tetapi gagal dan akhirnya saya berseru ‘Aku adalah keturunan Panglima Hitam daripada Raja yang berdaulat. Mudahkan segala pekerjaanku.’ Selepas itu barulah kain tujuh warna berkenaan dapat diikat pada tiang bendera berkenaan. Saya juga sempat berdoa sebelum keluar.

“Selepas keluar dari kolam itu untuk mengambil wuduk, saya lihat ke arah laut dari luar kolam dan nampak seperti mata manusia tetapi cuma sebelah memerhatikan saya. Saya tidak berkata apa-apa kerana sudah dipesan, jika ternampak sesuatu di situ jangan ditegur,” katanya.

Monday 25 January 2010

:: Dilanggar makhluk ghaib

Rebah dilanggar makhluk ghaib di pesta kepah

Oleh Zaiton Abdul Karim

PERISTIWA ini berlaku lebih kurang 28 tahun lalu. Ketika itu, aku masih kanak-kanak. Kampung kami dikejutkan dengan kehadiran kepah yang banyak di pantai berhampiran. Tidak pernah begitu banyak hidupan laut itu ditemui di pantai kampung kami.

Sejak berita baik itu dihebahkan dari mulut ke mulut, berduyun-duyun penduduk kampung mengunjungi pantai berkenaan. Bukan penduduk tempatan saja yang datang malah ramai pengunjung dari luar yang turut berkampung di situ. Semuanya ingin mengambil kesempatan yang mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup itu.

Setiap hari selama dua minggu, suasana Pantai Hailam bagaikan pesta menuai kepah. Masing-masing membawa bersama cangkul, pengais, baldi dan segala macam alatan yang difikirkan sesuai untuk mencari kepah. Beberapa gerai sementara juga didirikan berdekatan dengan pantai. Semuanya berebut-rebut untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin.


Keghairahan mencari kepah juga berjangkit kepada keluarga kami. Jiran sebelah rumah turut sama tumpang sekaki. Mereka sering mengajak kami anak-beranak sama-sama memeriahkan suasana. Namun ayah melarang keras hasrat kami untuk mengikut jiran ke sana. Menurut ayah, pantai itu agak keras.

Setiap hari kami merayu ayah supaya dibenarkan pergi ke pantai. Seorang demi seorang kami sebelas beradik memujuk ayah. Kami turut mengajak ibu sama-sama menyertai operasi kami itu. Malangnya hati ayah tidak berupaya kami lembutkan. Biasanya ayah tidak begitu. Segala permintaan kami sedaya upaya dipenuhi walaupun kami bukan terdiri dari orang yang berada.

Kami akhirnya berputus asa. Bagaimanapun kami tetap dapat merasai keenakan kepah segar. Ayah membeli beberapa kilogram kepah daripada penduduk kampung. Terubat sedikit rasa terkilan di hati kami. Namun kakak sulung kami, Kak Mas masih tidak berpuas hati. Dia masih ingin ke pantai mencari kepah.

Kak Mas akhirnya mengambil keputusan mengikut anak jiran secara senyap-senyap. Kata Kak Mas, dia ingin ke sekolah pada petang itu kerana ada kelas tambahan. Kebetulan memang dia berada dalam tingkatan tiga dan akan menduduki peperiksaan SRP tidak lama lagi.

Belumpun setengah jam Kak Mas keluar, kami didatangi oleh Pak Su Kadir dengan skuter. Terjerit-jerit dia memanggil ayah di hadapan rumah. Kami bertempiaran lari ke muka pintu. Berdentum-dentam papan lantai rumah kami dihentak-hentak dengan kasar oleh bilangan kami yang ramai. Kami turut cemas apabila melihat Pak Su Kadir tercungap-cungap.

“Kenapa kau, Kadir?” tanya ayah. Kami turut tidak sabar untuk mendengar berita yang dibawa oleh Pak Su Kadir. “Anak abang, Masnaini pengsan kat pantai!” jeritnya. “Ya Allah, anak aku! Kau bawa aku ke pantai sekarang!” tegas arahan ayah kepada adik bongsunya itu.

Pak Su menunggang skuter dengan laju. Menurut ayah setibanya di pantai, orang ramai mengerumuni Kak Mas yang berada di bawah sebatang pokok ru. Seorang anak jiran memangku kepalanya. Kata Pak Su pula badan Kak Mas berpeluh-peluh dan mukanya merah seperti di dalam kesakitan. Mulutnya berbuih-buih bagaikan orang kena sawan. Matanya pula menjula-jula dan sesekali terbuntang memandang orang ramai di sekelilingnya. Mulutnya tidak berkata-kata tetapi menderam seperti bunyi anjing ingin berkelahi. Kak Mas akhirnya pengsan tidak sedarkan diri.

Ayah membawa Kak Mas ke hospital dengan sebuah kereta sapu yang kebetulan berada di situ. Kak Mas ditahan di wad selama dua malam. Menurut doktor, Kak Mas mungkin disengat ikan pari atau ampai-ampai. Ayah memang sering mengingatkan kami bahawa perairan pantai itu memang banyak ampai-ampai dan ikan pari. Kami hanya dibenarkan bermain-main pasir di pantai setiap kali kami sekeluarga menghabiskan masa di kawasan itu. Kami tidak sekali-kali dibenarkan mencecahkan kaki di gigi air sekalipun. Kami hanya akan dibenarkan bermain air jika kami pergi lebih jauh ke utara iaitu di Pantai Puteri, satu kilometer dari situ.

Kata ayah air laut di situ lebih selamat untuk bermandi-manda. Ibu menyuruh kami menurut saja larangan ayah. Menurut ibu ayah memang pakar dengan laut kerana lama menghabiskan masa mudanya menjadi kelasi kapal.

Kami berasa lega apabila Kak Mas dibenarkan pulang ke rumah. Kasihan sungguh melihat keadaannya yang lemah dan tidak bertenaga. Namun walaupun mukanya masih pucat lesi, Kak Mas masih becok mulutnya bercerita. Kata Kak Mas, dia bukannya disengat ikan pari atau ampai-ampai kerana dia belum pun mencecahkan kakinya ke dalam air. Ketika itu dia sedang berbual-bual dengan seorang rakan yang ditemuinya di pantai itu. Tiba-tiba Kak Mas berasa seperti dirempuh dengan kasar oleh sesuatu yang besar. Kak Mas dapat merasai benda itu kemudian meresap masuk ke dalam tubuhnya sebelum dia rebah pengsan di atas pasir. Tapi kata Kak Mas, dia tidak pula melihat makhluk yang mengganggunya itu.

Kehidupan kami tidak tenteram sejak Kak Mas pulang dari hospital. Dia akan menjerit-jerit dan meracau-racau setiap kali tidur malam. Entah apa-apa yang diucapkannya. Tiada seorangpun yang memahami kata-katanya. Mujur keadaan itu tidak berpanjangan. Kak Mas pulih setelah ayah memanggil penduduk kampung membaca Yasin di rumah kami selama tiga malam berturut-turut.

Ayah dan ibu sering mengingatkan kami supaya membaca ayat Kursi dan empat surah-surah lazim serta dua puluh satu kali Bismillah setiap kali sebelum tidur, sesuatu yang kami amalkan sehingga kini.

Kejadian itu benar-benar memberi kesan kepada kami adik-beradik terutama Kak Mas. Dia berasa menyesal kerana melanggar arahan ayah, namun tidak pernah serik untuk berkelah di pantai. Oleh itu jangan sekali kita membantah larangan ibu bapa. Pasti ada hikmahnya jika kita sentiasa menurut nasihat yang diberikan mereka.

Sunday 24 January 2010

:: Putus saka

Kaedah pemutus saka

Posted on : 1:05 PM | By : Wan Asrul | In :

Assalammualaikum & Salam hormat,

AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH yang memberi belas kasihan & rahmat kepada hamba-hambaNYA.

Sebilangan kemaafan saya mohon dari para pembaca sekalian atas terabaian blog ini.

Tidak dapat tidak kesibukan harian membuatkan saya tidak dapat mengemas kini blog ini seperti blog-blog lain.

InsyaALLAH seperti mana yang tertera sebelum ini adalah berkaitan dengan saka dan kaedah untuk membuangnya.

Pelbagai kaedah yang sering kita dengar setiap masa.

Apapun kaedah asal tidak syirik pada ALLAH dan tidak ingkar dengan ajaran Rasulullah S.A.W, teruskan sahaja. Semoga ALLAH merahmati kalian yang berusaha.

Para pembaca yang dihormati,

Saka yang kita ketahui adalah sama ada datang melalui warisan secara umum, ada juga melalui tumpangan asal, ada juga melalui warisan secara tidak langsung.

Apapun jua ianya, ia hanyalah satu asbab untuk menjadi gangguan kerana gangguan yang paling besar adalah dari hati sendiri. Sama ada ingin makin dekat dengan ALLAH atau makin jauh dengan DIA.

Para pembaca sekalian,

Ada yang beranggapan dalam semua kes gangguan rohani yang paling susah untuk rawat adalah saka. Betul ke?

Betul atau tidak, bukan persoalan, kerana bagi saya yang paling susah untuk rawat adalah hati. Kerana hati adalah raja dalam diri, akal menteri dalam tubuh.

Para pembaca sekalian,

Di sini secara sepintas lalu saya ingin berkongsi serba sedikit kaedah membuang atau memutuskan pertalian dengan saka baik sama ada dengan rela pesakit atau dengan paksa, InsyaALLAH.

Secara sepintas lalu, kaedahnya:

1) BismILLAH 10x


2) Pembuka Aurad


3) Kalimah Syahadah 3x


4) Tahlil Khusus 3x



5) Selawat Fateh / Selawat Azimiah 3x



Ya ALLAH, limpahkanlah Selawat dan Salam serta Keberkahan ke atas Penghulu kami Muhammad (ShalALLAHu`alaihiwasalam),Pembuka bagi yang telah tertutup, Penutup risalah yang telah berlalu,Penolong kebenaran dengan kebenaran, dan Penunjuk ke jalanMU yang lurus. Semoga ALLAH melimpahkan Selawat keatas nya (ShalALLAHu`alaihiwasalam)dan keatas Keluarga nya dan para Sahabat nya dengan hak kadar nya dan kedudukan nya (ShalALLAHu`alaihiwasalam) yang Agung.



6) Al Qashash : 88 3x



88. dan janganlah Engkau menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah. tiada Tuhan melainkan dia. tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah. bagiNyalah Kuasa memutuskan Segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).


Kaedahnya, secara ringkasnya dibacakan pada pesakit, dihembuskan pada leher dan tapak tangan.

Sesudah dihembuskan pada tapak tangan, minta pesakit raut ke muka sendiri sambil selawat di dalam hati dan berdoa.

Kaedah Fi’ili nya dan kaedah jarak jauh insyaALLAH, akan dikongsikan pada kursus akan datang. Kenapa? Lebih elok berhadapan dalam mencari ilmu.

Jadi ini adalah secara ringkasnya kerana bab ini saya akan perbincangkan pada kursus rawatan Bulan Febuari 2010, InsyaALLAH.

Semoga mendapat manfaat hendaknya dari perkongsian ini.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ketetapan ALLAH, sebagai tanda saya manusia yang bersifat daif dan lemah di sisiNYA tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM Bissawab.

Wassalam.

Saturday 23 January 2010

:: Tasbih Yunus

Doa Nabi Yunus



Al-Anbiya' : Ayat 87

[87] Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Fadhilat:

Doa/tasbih Nabi Yunus AS semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat; solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-Ayat Al-Quran oleh Abu Al-Baqir Al-Burhami]

Thursday 21 January 2010

:: Darul Manzil: Soal jawab

Soal & Jawapan yang biasa pada RIDAM

Assalamu'alaikum..

Atas dasar keinsafan dan nasihat rakan-rakan, PIHAK RIDAM menyediakan ruang 'Soal & Jawapan yang biasa pada RIDAM' bagi rujukan dan pemahaman ilmiah.

Untuk itu, diharap, isu artikal 'Sound Tak Habis2' beralih kepada isu ini kerana niat saya hanyalah untuk menyampai, berbincang dan berkongsi ilmu.

Kepada pihak yang berkecil hati, SAYA MEMOHON MAAF secara terbuka jika anda terasa.

Perkara yang lepas juga bila difikirkan, juga sebenarnya adalah kesalahan saya kerana tidak menyemak status pemanggil dan tidak menapis dengan berhati-hati sebelum artikal dipaparkan.

Untuk itu, mari kita perhatikan Soalan dan Jawapan yang telah dan biasa diterima RIDAM sepanjang menceburi bidang rawatan Islam ni.

SOALAN PERTAMA

Pen-Soal: Pertama, apa related kaedah 'mata batin' dengan perubatan terutama kesan barang sihir?

Saya: Baiklah...kaedah yg saya gunakan pertamanya harus iktikad pada Allah dan yakin akan keEsaanNya. Kedua, anergy / tenaga dalaman yang kita guna dalam membaca ayat rukyah yang akhirnya menghasilkan gelombang/frequensi perubatan ditujukan pada penyakit atau jin yang mengganggu. ketiganya, kaedah perjalanan minda/rohani.Tiga elemen ini diguna untuk mendiagnos penyakit yang ada pada pesakit termasuk barang sihir dan puncanya.Bab ni kena belajar dan perlu ada latihan khas.

Pen-Soal: Dah tu, ustaz kesan barang sihir macam mana?

Saya: Beginilah, kalau soalan tu yang awak tanya, awak pula kesan macam mana?

Pen-Soal: Saya tak pernah kesan pun. Saya perhatikan tanda saja.

Saya: Baiklah...jawapan saya mudah. Barang sihir yang dijumpai adalah dengan keizinan Allah memberi ilham atau gambaran nurani kepada saya. Visual ini datangnya terus ke mata hati.I tu pun saya tidak meletakkan kepercayaan 100%. Tapi tak salah kalau kita mencarinya. Kalau ada, maka betul la. Kalau tak ada, kesembuhan penyakit itu kita terus panjatkan doa pada Allah..salah ker?

Pen-Soal: Apa beza dengan tilik?

Saya: Tilik memerlukan benda atau pihak ketiga dalam menilik sesuatu. Amalan yang saya guna tidak melibatkan sesuatu. Saya hanya memohon terus pada Allah dengan membaca ayat-ayat rukyah yang ada dalam Al-Quran dan hadis. Itu sahaja..

Pen-Soal: Macam mana ustaz boleh tahu itu dari Allah? Saya rasa itu mainan jin..

Saya: Awak ada baca buku A**** W**** S**** B***. Awak dah habis baca bukunya?

Pen-Soal: Dah...satu isinya saya ingat. Kenapa?

Saya: Awak yakin kebenarannya?

Pen-Soal: Ya...saya yakin..

Saya: Kalau begitu, dalam buku tersebut ada dinyatakan 'anda mesti bertanya di mana letak sihir tersebut.....' Sentence ni pulak apa komen saudara? Adakah kamu akan percaya pada jin yang kamu tanyakan tu?

*Maka saya menyambung lagi

Saya: Begitu juga dengan saya. Apa yang dilihat atau ditanya terus pada jin tidak saya letakkan kepercayaan 100%. Kalau jin tu kata ada barang sihir disesuatu tempat, tak salah kalau kita cari dengan niat membuangnya. Kalau tak jumpa, jin tu jenis menipu la tu..dah memang jin tu penipu.

Pen-Soal: Baik, saya check semula buku tu..

Saya: Saudara nak check? Ni hah.. (lantas saya berikan judul buku beserta muka suratnya sekali)..

Pen-Soal: Baiklah...saya mengaku saya belum cukup ilmu lagi. Kita beralih kepada soalan kedua. Boleh?

SOALAN KEDUA

Saya: Okey la..Apa soalannya?

Pen-Soal: Saya baca dalam blog Ustaz mengatakan ustaz ada melakukan rawatan dengan kaedah sembelih jin, bom, pancar api dan sebagainya sebagaimana teknik yang turut diamal oleh AKRINE dan perawat lain..Setahu saya, jin mana boleh dibuat macam tu. Itu semua mainan jin.

Saya: Saudara..pernahkah saudara fikir dengan kaedah membaca rukyah, apa yang menyebab jin tersebut sakit?

Pen-Soal: Pernah..Hanya Allah yang menyembuh.

Saya: Saya tahulah Allah yang menyembuh. Itukan sifat wajib Allah pada ciptaanNya. Contoh lain, bila kamu kenyang, apa yang mengenyangkan kamu?

Pen-Soal: Mestilah makanan.

Saya: Dah tu, kenapa kamu tak kata Allah yang mengenyangkan kamu?

Pen-Soal: Itu saya tau la.. (dia kemudian terdiam..)

Saya: Tengok, jawapan kamu dah macam jawapan saya tadikan?

Saya: Setiap bacaan yang kita baca akan menghasilkan haba. Haba itu adalah tenaga. Tenaga haba punyai zarah-zarah dan atom yang hidup. Saya suka jelaskan secara sains agar awak mudah sikit paham. Atom-atom yang hidup itu akan merakam bacaan yang kita baca dan yakinlah bahawa bacaan alunan Al-quran, doa dan zikir itu punyai mukjizat dah khasiat yang amat besar dengan izin Allah. Dengan keizinan Allah, tenaga haba yang merakam alunan al-Quran akan menyakitkan jin yang mengganggu atau penyembuh penyakit yang ada pada pesakit.

Teknik yang awak tanyakan tadi boleh dilakukan apabila seseorang itu mampu mengawal tenaga haba pada dirinya dan mengolah pada tenaga minda. Kemudian, melalui tenaga minda ini, kita boleh minta pada Allah agar menjuruskan bentuk haba tersebut samada dalam bentuk kilat, api, senjata sembelihan, bom atau sebagainya. jadi, kalau saudara tak belajar lagi bab ni, saya alukan saya awak cari guru yang mahir. Saya mengaku bahawa saya ni masih jahil dan cetek ilmunya....

Pen-Soal: Erm...boleh terima jawapan tu..Ada lagi soalan ni..Boleh ker Ustaz?

Saya: 10 soalan pun boleh..Bagus jugak awak telefon..

SOALAN KETIGA

Pen-Soal: Soalan Ketiga..Boleh jelaskan tentang teknik tangkap jin dalam botol. Saya kurang percaya la..

Saya: Saudara, soal percaya atau tak, itu terserah pada kamu. Tapi, kamu pernah buat pagar rumah kan?

Pen-Soal: Ada..saya baca pada garam dan bahan lain kemudian saya pagar la..

Saya: Baiklah, ada 2 elemen yang kamu kena lihat di sini. Pertamanya adalah garam. Kenapa kena guna Garam? Tak guna gula-gula ker, nasi ker, buah guli ker.?

Pen-Soal: Apa yang saya belajar, garam tu boleh sakitkan jin. Dah memang Allah bagi kelebihan begitu..

Saya: Dah tu, kenapa awak pakai juga teknik rukyah masa merawat? Kenapa tak bagi terus garam atau tabur terus pada pesakit kalau itu kepercayaan kamu..?

* Saya menyambung lagi

Saya: Sudah saya nyatakan berkali-kali..jgn terus nak buat kesimpulan..Garam itu adalah elemen/unsur sahaja dan kita pasti bahawa dalam Garam itu adalah lagi makhluk Allah yang lebih kompleks iaitu zarah atau atom. Makhluk inilah yang akan merakam bacaan dan kemudiannya dijadikan zikir terus menerus. Kita harus paham bahawa syaitan tidak mampu mendekati makhlukNya yang sentiasa berzikir pada Allah..Tapi betul pun teknik saudara tu, cuma penerangan saja yang susah sikit nak diterangkan..Kena belajar pulak cara nak terang...Tapi mungkin saudara dah tahu kot, selain garam, apa jua benda yang bersifat asid lemah boleh diguna seperti lada hitam, cuka, buah kelor dan sebagainya..

Saya: Harap saudara paham. Paham ker?

Pen-Soal: erm...tapi mana jawapan pasal botol tu?

Saya: Sabar..alang-alang nak kasi paham, biar saya kasi paham semua. Kan?

Pen-Soal: Baiklah..

Saya: Elemen kedua ialah rumah yang hendak dipagar. Ada tak rumah yang tidak punyai satu lubang udara pun padanya?

Pen-Soal: Mana ada...paling kurang pun ada lubang tingkap, lubang atas loteng dan lubang bawah pintu..

Saya: Kalau macam tu, apa jaminan kamu yang membolehkan jin tidak dapat masuk rumah lepas di 'pagar'.

Pen-Soal: Itu semua kuasa Allah,hanya ikhtiar..

Saya: Jawapan ni lagi..Mcm ni, rumah itu adalah elemen. Dengan yakin pada Allah sebagaimana yang saudara beritahu tadi, kita 'pagar' dengan ayatul Quran ataupun doa atau bahan yang dibaca dengan ayat Quran. Maka kita iktikadkan bahawa dengan izin Allah, rumah tersebut tidak dapat dimasuki jin. Betul?

Pen-Soal: Betul..

Saya: Kalau macam tu, samalah juga dengan memasukkan jin dalam botol. Kita bacakan doa yang bersesuaian pada botol dengan iktikad seperti penjara. Maka dengan izin Allah, kita tarik jin itu keluar dan masukkan dalammnya. Tak boleh keluar jugak jin tu kan? Samakan?

Pen-Soal: Erm...sama..tak sedar pulak saya hal ni. Memang samalah..

Pen-Soal: Maafkan saya ustaz..Bukan niat saya nak buat ustaz sakit hati..

*Dia menyambung lagi

Pen-Soal: Tapi guru saya tu lulusan agama. Tak sangka pulak dia tak sedar perkara ni..

Saya: Lulusan mana, itu bukan persoalannya. Ada ke pusat pengajian buat pengajian khas dalam Degree / Diploma Rawatan Islam? Setahu saya tak ada kan? Kebanyakkannya belajar secara persendirian. Betul kan?

Pen-Soal: Betul..

Saya: Jangan lihat semua lulusan agama, lurus jalannya. Ada diantaranya menjadi pengasas ajaran sesat di Malaysia. Semua itu ikut pada personaliti dan syariatnya.

Pen-Soal: Saya paham ustaz.

Saya: Saya juga bukanlah Ustaz dari lulusan pengajian Islam. Saya lulusan Elektrikal dan bekas Engineer. Tapi tak salah kalau kita involve bidang Rawatan Islam kan?

Pen-Soal: Ya..saya setuju ustaz. Saya pun bukan lulusan agama gak. Saya kerja pun sektor swasta.

Saya: Baiklah kalau kamu dah paham. Saya harapkan perbincangan kita ini dapat disampaikan pada mereka yang belum paham. Boleh?

Pen-Soal: Boleh Ustaz.Tapi, saya bertanya ni kerana amalan ustaz ni tak pernah di ajar oleh Rasulullah. Sebab tu saya tanya.

Saya: Saya akui, memang tak ada dalam Al-Quran pun. Tapi kita kena paham cara dan kaedah rawatan. Kepada siapa kita iktikadkan? Adakah kita menggunakan pujaan? Adakah kita menipu? Adakah kita beriktikad selain Allah? Kalau kita faham hala taqarrub kita pada Allah, kenapa ia dikatakan salah?

Pen-Soal: Tapi, tidak menggunakan teknik sebegitu. Saya yakin pada Quran sebagai syifa'.

Saya: Yer ker? Kalau begitu, dengan jujur saya ingin bertanya. Adakah antara ilmu yang kamu tuntut menggunakan teknik kencing di atas batu panas sebagai kaedah merawat sihir?

Pen-Soal: Ada

Saya: Adakah kamu pernah belajar kaedah menanam baju pesakit di tanah perkuburan?

Pen-Soal: Ada. Tapi mana ustaz tau?

Saya: Yang tu tak perlu kamu tahu. Tapi sila beritahu saya, dari ayat mana dalam Quran atau dari hadis mana amalan ini diambil. Boleh?

Pen-Soal: Yang tu tak ada la ustaz. Tapi confirm dari mereka yang alim la.

Saya: Kalau begitu, tak perlulah kamu bangga dengan statement kamu tadi. Kamu pun ada mengamalkan amalan selain dari yg terkandung dalam Al-Quran dan hadis, tapi kamu yakin tidak menyelewang kerana kamu tahu iktikad kamu pada siapa kan?

Pen-Soal: Baiklah ustaz. Saya dah paham sekarang. Saya minta maaf banyak-banyak.

Saya: Yang penting kamu faham. Boleh sampaikan pada mereka yang lain. Boleh?

Pen-Soal: Boleh ustaz. Saya akan sampaikan...setakat ni sahaja Ustaz.Kita bincang lain kali boleh?

Saya: erm...baiklah..Nanti bila saya balik KL, kita jumpa. Assalamualaikum...

Pen-Soal: Waalaikumsalam..

Macam mana....Ada paham?

Tuesday 19 January 2010

:: Barang hilang dikembalikan

Mengembalikan barang yang hilang, BiiznILLAH.

Posted on : 2:06 AM | By : Wan Asrul | In :


Assalamualaikum W.M.T dan salam hormat pada sekalian pembaca,

Salam maaf yang tidak terhingga kerana pengabaian blog ini dalam kadar masa yang agak lama. Sibuk dek kerana urusan yang lebih penting sehingga membuatkan paparan ramai ini terbiar. Salam maaf sekali lagi.

Para pembaca yang dimuliakan ALLAH S.W.T,
Suka untuk saya berkongsi serba sedikit amalan yang pernah diijazahkan guru saya untuk mendapatkan semula barang yang hilang.

Sebelum saya melangkah lebih jauh, suka untuk saya ingatkan. Yang dimaksudkan barang yang hilang, jika diizinkan ALLAH akan dipulangkan kembali dalam dua keadaan iaitu keadaan asal atau keadaan ganti.

Bagaimana keadaan asal? Keadaan seperti mana sebelum hilang. Bagaimana keadaan ganti? Barang digantikan dgn yang baru, contohnya jika yang hilang itu nasi goreng, tidak mungkin akan dipulangkan nasi goreng yang asal.

Para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T,


Amalan tersebut adalah yang berikut:

1. Al-Fatihah - 7x.


2. Al-Fath 1-3 - 7x



1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata,
2. kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).


3. Al Khafi Ayat 19 - 7x


19. dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.



4. Surah Al-Ikhlas - 7x.

5. Selawat - 7x.

6. Ya Allah - 3x.

7. Kemudian wirid di bawah - 119x.



8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Mengikut pengalaman saya yang jahil ini, amalan ini dilakukan 3 hari berturut-turut, InsyaALLAH bantuan ALLAH akan sampai.

Jika masih tidak berhasil, maka diteruskan sehingga 7 hari. Andainya masih tidak berhasil, maka hari ke-8 setiap bacaan ditambah ke 9x.

Ingatlah, Istiqomah itu seribu karamah.

Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH, sebagai tanda saya insan yang lemah, tiada daya upaya selain dari dgn gerak dan izinNYA.

WALLAHUA’LAM BISSAWAB.

Monday 18 January 2010

:: Pelaris dan sihir dalam makanan-minuman

Mengesan pelaris atau sihir dalam makanan & minuman

1

Posted on : 5:07 PM | By : Wan Asrul | In :

Assalammualaikum para pembaca yg budiman,

Tergerak hati saya untuk berkongsi bersama amalan sebelum kita masuk ke kedai makan atau ke satu2 majlis. Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang pelaris di kedai makan atau di mana-mana sahaja. Tujuan sy berkongsi amalan ini bukan untuk menprovok kedai-kedai makan yang disyaki mempunyai pelaris, tetapi sebagai hamba ALLAH & umat Rasullullah S.A.W, setiap gerak geri, tutur kata & makan minum harus sentiasa terjaga.

Sy kongsikan bersama-sama amalan sebelum ke kedai makan atau satu majlis keramaian untuk kita mengelakkan termakan bahan yang dicampurkan pelaris & racun (NauzubILLAH).

Sebelum keluar rumah:

Fatihah
Ayatul Qursi 1x
Quraish 1x


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
2. (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
3. maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini,
4. Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Al-Ikhlas 3x
Ayat penggerak 3x



Keluar rumah melangkah kaki kanan sambil membaca doa keluar rumah (Bismillahi Tawakkal....Azim)

Semasa sampai di kedai atau majlis:

Quraish 1x
InnALLAHa Qawiyun Aziz 3x
Ayat pengerak 3
Masuk dengan kaki kanan ke dalam majlis. Jika ada petanda seperti loya, pening dsb, itu adalah petanda yang tempat tersebut mempunyai pelaris.
Mengikut pengalaman saya, jika ada sihir di dalam makanan, pinggan atau cawan akan pecah. Cuba amalkan untuk kesejahteraan bersama. InsyaALLAH ALLAH beserta kita yang sentiasa ingat padaNya.

WALLAHUALAM.

Sunday 17 January 2010

:: Menguji Ilmu: Haq atau bathil

Menguji Ilmu yang Haq atau Bathil

Posted on : 2:28 AM | By : Wan Asrul | In :

Assalammualaikum, salam hormat saya pada para pembaca yang budiman,

AlhamduLILLAH, syukur kehadrat ALLAH, Tuhan sekalian alam.

Ada yang bertanyakan saya tentang cara untuk mengesan ilmu salah atau tidak. InsyaALLAH akan saya kongsikan bersama setakat yang saya tahu & pernah diuji setakat ini. AlhamduLILLAH berhasil selain dari amalan yang pernah diturunkan guru sy iaitu membaca 41x Alfalaq & Annas selepas solat maghrib, ada sy menerima amalan dari seorang hamba ALLAH yang amat saya hormati. Di sini saya kongsikan amalan tersebut:

1. Selawat - 7x

2. Surah al-Baqarah - 174 - 21x

174. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.



3. Surah al-Isra - 50 - 21x

50. Katakanlah (Wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi -


4. Surah al-Isra - 81 - 21x

81. dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap".


5. AlKautsar - 3x

1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat).

2. oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3. Sesungguhnya orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus (dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya).



6. Selawat - 7x

Diamalkan selepas solat maghrib atau isyak.

Tanda-tanda jika ada bercampur Haq & Bathil:

1) Pening
2) Mengantuk (kecuali mmg betul2 mengantuk, itu dah lain cerita)
3) Mata berpinau
4) Panas dalam perut (perut bergelora)

Dsbnya. Setiap bacaan diniatkan supaya ALLAH tunjukkan kebenaran & batalkan yang bathil.

InsyaALLAH. Semoga ALLAH memberi petunjuk kepada anda.

WALLAHUALAM.

Saturday 16 January 2010

:: Pertolongan cemas: Tarik keluar

Pertolongan cemas

Posted on : 3:07 AM | By : Wan Asrul

Assalamualaikum para pembaca yang budiman,

Sejak beberapa bulan yang lalu, saya ada melakukan R&D tentang menarik keluar sakit yang disebabkan gangguan secara ringkas. InsyaALLAH, kali ini saya bercadang untuk berkongsi dengan para pembaca yang mungkin lebih arif dari saya yang masih jahil dalam pencarian.

Contoh sakit:

Getaran, sakit mencucuk-cucuk, panas setempat dsb.

Kaedah:

1) Letakkan tangan di atas tempat sakit.

2) Mulakan dgn BasmALLAH.

3) Fokus kemudian doa (niat) minta ALLAH keluarkan sakit tersebut.

4) Zikir Tahlil ( LailahaillALLAH) 7-11x

5) Tarik nafas kemudian tahan.

6) Semasa menahan nafas ini, bayangkan anda sedang menarik keluar sakit tadi sambil dalam hati mengucapkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

7) Semasa tarikan yang terakhir, rentap, bayangkan merentap sakit tadi.

8) Kemudian dalam keadaan tangan yg menggenggam (sakit tadi), niat lemparkan sakit tadi ke dalam laut atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai.

9) Lempar bersama hembusan nafas secara perlahan-lahan.

InsyaALLAH, kesakitan akan hilang.

Boleh dilakukan pada bahagian-bahagian badan yang lenguh sementara sebelum dirawat atau diurut.

WALLAHUALAM.

Friday 15 January 2010

:: Bismillah 6

Sekilas pandang tentang Khasiat BismILLAH 6

Posted on : 8:23 AM | By : Wan Asrul | In :



Salam, kepada pembaca yang saya hormati,

Suka untuk saya berkongsi bersama anda semua tentang BismiLLAH 6 & khasiatnya. Semoga perkongsian ini menjadi aset untuk kita di akhirat kelak. InsyaALLAH.

Berikut adalah antara khasiat BismiLLAH 6:

• Makbul segala hajat dan cita-cita.
• Luas rezkinya.
• Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
• Menang dalam peperangan.
• Penerang hati.
• Diajuhkan dari segala penyakit.
• Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
• Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
• Dibaca di malam jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
• Aman daripada binatang2 buas.
• Air laut menjadi tawar.
• Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
• Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
• Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
• Terselamat dari karam di laut.
• Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
• Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
• Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca di telinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
• Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
• Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
• Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
• Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara di atas; letakkan tangan dit empat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Boleh juga dibacakan ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk diminum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaALLAH.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.

Mengikut pengalaman koresponden yang mengamalkan BismiLLAH 6 ini, ianya menjadikan segala jenis racun akan tawar dan tidak memberi mudharat kepada pengamal jika terminumnya. Gelas minuman yang mengandungi racun akan pecah kalau dipegang oleh pengamal BismiLLAH 6. InsyaALLAH.

Namun, perlu kita ingat ayat tidak memberi kesan jika kita berharap padanya, pergantungan kita hanya satu iaitu ALLAH zat yang maha agung, ayat sebagai ikhtiar kita dalam amalan. Istiqomah seribu karomah.

WALLAHUALAM.

Thursday 14 January 2010

:: Selawat Syifa'

Selawat Syifa'

Posted on : 7:15 PM | By : Wan Asrul | In :

Ya ALLAH, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.


Selawat Syifa' di atas dapat menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya. Caranya ialah : ambil minyak urutan, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian sapukan di atas tempat yang sakit, untuk bengkak atau terseliuh elok dicampur dengan bawang merah yang telah ditumbuk. Insya' ALLAH dengan izin ALLAH maka hilanglah sakit atau bekas itu.

InsyaALLAH, akan saya kemaskini lagi tentang khasiat & penggunaan Selawat Syifa' selain dari khasiat & kaedah di atas.


WALLAHUALAM.

Wednesday 13 January 2010

:: Mencegah sihir

Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?

Posted on : 11:58 AM | By : Wan Asrul | In :


1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib (Jadikan wirid)
"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.
- Bacalah secara lafaz,
- Niat supaya terhindar gangguan jin/syaitan dari rumah kita.
- Kadangkala jika anak-anak kecil yang sedang berjalan di dalam rumah tiba-tiba terjatuh, jangan biarkan. Baca 3 Qul dan ayat di atas serta gosok ke badan anak.

2. Turuti perintah Allah.
- Antaranya: Mandi hadas besar sejurus sahaja haid kering (wanita). Kerana syaitan mengelilingi org yang melambatkan mandi hadas dengan sengaja. Jangan sediakan sarapan pagi dalam keadaan junub kerana syaitan akan turut bersama kita dalam keadaan tersebut

3. Lebihkan Zikir.
- Ayatul Kursi, mengiringi setiap selepas solat fardhu
- Surah Al Baqarah. Dibacakan di dalam rumah 1 hari selama 3 hari syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah. Baca sebagai wirid harian 3 ayat terakhir surah Al-Baqarah.
-Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan dll.

4. Jangan biarkan anak-anak keluar pada waktu maghrib. Tutupkan semua pintu dan tingkap tatkala maghrib menjelma.

5. Seelok-eloknya simpan tamar di rumah, terutamanya tamar dari Mekah atau Madinah.
- Makan 7 biji tamar Ajwa' atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Setiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh dibaca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar. (akan saya kemaskini kemudian untuk bab ini, InsyaALLAH)

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar.

WALLAHUALAM.