ANTARA MANUSIA DAN JINN | for everyone |
Kalau dilihat topik-topik perbincangan yang selalu diperkatakan di dalam forum-forum yang terdapat di dalam internet, cerita tentang Jinn selalu diperkatakan. Dan setiap kali bercerita tentang Jinn, maka ayat Al-Quran "Sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia", selalu dipetik atau digunakan sebagai asas si penghujah. Amat jarang sekali aku melihat orang memetik ayat-ayat dari Surah Jinn. Terlalu banyak hujah-hujah dipersembahkan namun kesimpulannya tetap sama iaitu baiklah jangan berkawan dengan Jinn sebab sebaik-baik Jinn itu adalah sejahat-jahat manusia.
Why don't we look at it from another angle. Seperti manusia, Jinn ada yang kafir dan ada yang Islam. Buktinya atau dalilnya, Raja Jinn Aba Yusuf memeluk Islam dari Nabi Muhammad SAW sendiri. Jadi bila Jinn memeluk Islam apakah Rukun Iman dan Rukun Islamnya berbeda dari manusia? Adakah rukun sembahyang Jinn itu berbeda dari rukun sembahyang manusia? Apakah ada Al-Quran versi Jinn untuk Jinn Islam dan Al-Quran versi manusia untuk manusia? Apakah tauhid Jinn itu berbeda dari tauhid manusia. Sekiranya sama, maka Al-Quran dan Hadith sudah tentu menjadi pegangan dan panduan pada Jinn-Jinn Islam. Cuba kita andaikan ada satu Jinn Islam itu, dia taat dan beramal bersungguh-sungguh kepada seluruh ajaran dan suruhan yang terkandung di dalam Al-Qurannul Karim, apakah bisa perangai Jinn Islam yang baik itu itu menjadi sejahat-jahat manusia? Wouldn't their action contradicts the teachings of Islam? Jadi ada pencanggahan disini. Namun aku masih belum ketemu mana-mana orang yang membincangkan hal ini. Tujuan perbincangan itu bukan untuk melihat siapa menang dan siapa kalah. Cuma untuk kita benar-benar memahami tentang makhluk ciptaan Allah yang dinamakan Jinn ini.
Tiada siapa yang menafikan bahawa manusia itu sebaik-baik ciptaan/makhluk. Malah Allah jadikan manusia itu sebagai khalifah. Maka diturunkan Nabi Muhammad SAW dan ajaran Al-Qurannul Karim untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Please take note, kepada sekalian alam. Maknanya selagi ada alam samada nyata atau ghaib. Dalilnya Nabi Sulaiman as bukan sahaja memerintah manusia, malah Jinn dan haiwan tertakluk dibawah pemerintahan beliau. Namun hari ini, manusia bukan sahaja takut pada Jinn tapi senang-senang diganggu dan dibuli oleh Jinn. Dimana silapnya? Adakah Al-Quran dahulu berbeda dari Al-Quran zaman ini? Atau kita yang tidak benar-benar memahami ajaran Islam itu secara total. Atau kita sengaja tidak mahu memahami. Kita ambil sebahagian dan tinggal sebahagian yang lain.
Wallahualam!
salam. ayat penulis artikel ini adalah silap:
ReplyDelete"Dan setiap kali bercerita tentang Jinn, maka ayat Al-Quran "Sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia", selalu dipetik atau digunakan sebagai asas penghujah."
Sebenarnya, tiada satu pun ayat Quran yang menyebut sedemikian. Begitu juga Al-Hadith. Tak percaya, boleh cari.. dan takkan dapat dicari. Barangkali hanya pandangan tokoh silam yang kemudian dipegang sebagai asas.
Ramai orang kata ayat seperti tulisan bold di atas sebagai merujuk pada Al-Quran & Hadith. Dan jika ditanya dalam surah mana.. ayat apa ?(bagi dalil Quran) atau siapa perawi dan dari kitab mana ? (bagi dalil hadith).. mereka akan terkantoi..
Ramai yang mendengar-baca tanpa mengkaji, mengikut membuta tuli - hanya menambah dosa bila diyakini dan disebar pula apa orang lain.
Sedangkan.. ayat 56 Surah Adz-Dzaariyaat berikut sudah menjelaskan segalanya: "Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
Jin & manusia ada tugas. Masing-masing ada tugasnya. Beza: alam mereka lain dimensi.. dan manusia pula adalah Khalifah di muka bumi. Di akhirat, kedua-dua makhluk ini akan disiksa (Surah Hud:119) atau diberi balasan baik (Ar-Rahman: 56, 74) mengikut apa yg mereka kerjakan dahulu.
Allahu A'lam. Kesian jin.. asyik kena fitnah saja dek manusia. :D