"Cikgu, Salib tu Apa?"
Apakah perasaan atau fikiran anda apabila anda ditanya oleh seorang pelajar tingkatan 1 soalan sebegitu? Seorang guru sekolah saya menangkap seorang pelajar yang memakai cincin dan apabila diamati cincin tersebut terdapat lambang salib (gambar di atas). Alangkah terkejutnya bila ditanya kepada pelajar tersebut kenapa dia memakai cincin salib dan guru tersebut ditanya semula oleh pelajar "Salib tu apa cikgu?”
Beginilah senario yang belaku di felda tempat saya mengajar. Kejahilan akan agama semakin berleluasa begitu juga aktiviti maksiat sukar dibendung sehingga ada yang masih sekolah sudah melahirkan anak luar nikah, ayah dan abang merogol anak atau adik sendiri dan ada juga yang gemar minum arak (Thai Song) di dalam ladang. Guru serta Ustaz sudah puas mengadakan pelbagai ceramah serta motivasi bagi meningkatkan moral dan akhlak pelajar atau belia lepasan sekolah namun kebanyakan ianya sia-sia belaka. Kebanyakan aktiviti tidak bermoral ini dilakukan selepas luar sekolah menjadikan warga pendidik sukar untuk campur tangan. Ikut sebenarnya gejala seperti ini bukan sahaja berlaku di Felda saya tinggal tetapi mana-mana Felda pun sudah hampir sama cuma berat tidak sahaja
Masjid tidak diimarahkan sebaliknya warung dan tepi jalan menjadi pilihan melepak hingga ke senja maghrib. Budaya barat dan yahudi menjadi pilihan kebanyakan anak muda felda seperti memakai pakaian ketat bagi perempuan, memakai rantai dan gelang bagi lelaki, mewarnakan rambut dan macam-macam lagi. Nak kita orang luar tegur pun susah sebab mak ayah sendiri tak larang…. Habis macam mana…..
Sangat membimbangkan di mana kesedaran akan agama tidak dititik beratkan oleh sebilangan besar komuniti masyarakat felda kecuali warga surau dan masjid yang selalu berjemaah. Anak-anak yang besar panjang masih ada yang tidak pandai untuk menunaikan solat dan ada yang kurang pengetahuan akan fardu ain.
Siapakah yang harus menanggung dosa kejahilan ini? Pengurus Felda? Mak Ayah? Guru Ustaz? Tok Imam Tok Bilal? tepuk dahi tanya sendiri….
Justeru itu saya mohon dan merayu andaikata jika ada di antara pembaca yang mempunyai pengaruh atau kemampuan yang boleh membantu memberi bantuan kesedaran kepada warga felda khususnya para belia dan pelajar ini, tak kiralah kerajaan atau swasta atau badan-badan pendiri yang lain. Bantulah mereka agar mereka kembali kepada agama
Sebelum tiba bala dan murka Allah ke bumi felda ini ...
Sebelum islam tinggal hanya pada nama tetapi hakikat hidup seperti orang yahudi …
Wallahualam
No comments:
Post a Comment