Saturday 10 September 2011

:: Teras gemungga... pendinding diri...?


Kayu teras rebutan VIP

Oleh HADZLAN HASSAN, RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ dan AHMAD RABIUL ZUILKIFLI
metahad@hmetro.com.my





Kayu teras rebutan VIP

HULU TERENGGANU: Sejenis kayu dikenali sebagai teras gemungga didapati menjadi rebutan golongan kenamaan berstatus VIP serta artis tempatan bertujuan menjadikannya sebagai pelindung diri daripada terkena sihir mahupun kecederaan pada kulit secara tidak sengaja.

Selain itu, kecenderungan perbuatan khianat masyarakat kini yang gemar menggunakan asid sebagai bahan melepaskan geram berbanding sihir yang biasanya dapat dipatahkan pengamal perubatan tradisional menyebabkan teras itu terus dicari individu tertentu, termasuk nama besar.

Pelakon, penyanyi baru dan veteran, pengacara televisyen, ahli majlis perbandaran atau ahli dewan undangan negeri (Adun) antara individu yang mendapatkan kayu itu untuk kegunaan diri kerana dikatakan mampu menangkis ilmu pukau.

Pengumpul teras gemungga, Sayuti Harun, 72, berkata setakat ini beberapa individu berstatus VIP dari dalam dan luar Terengganu menemuinya bagi mendapatkan teras itu untuk kegunaan sendiri.


Menurutnya, dia tidak berniat menjual teras itu, namun ada antara mereka sanggup memberikannya sehingga RM2,000 bagi mendapatkan teras asli.

http://www.hmetro.com.my/articles/KayuterasrebutanVIP/Article/artikelMA