"Alif, Lam, Mim. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah kami rezekikan kepada mereka." (Al-Baqarah: 1 - 3).
Justeru, adalah menjadi satu kewajipan ke atas setiap individu muslim agar beriman kepada perkara ghaib, dengan sebenar-benar keimanan. Keimanan tersebut tidak perlu sama sekali dicampur adukkan dengan perasaan ragu dan syak. Maksud perkara ghaib itu ialah apa-apa perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar, cuma realitinya hanyalah diketahui melalui perkhabaran Allah SWT dan rasulNya sahaja. Demikianlah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ibnu Mas'ud radialLahu'anhu.
Berkenaan makhluk jin pula, sememangnya termasuk di dalam perkara-perkara ghaib, yang wajib diimani lantaran di sana terdapat berbagai dalil yang membincangkan perihal makhluk tersebut.
Dalil al-Quran:
1. " Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al-Quran." (Al-Ahqaaf: 29).
2. " Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golonganmu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayatKu dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini?." (Al- An'aam: 130).
3. " Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan." (Al-Rahmaan: 33).
4, " Katakanlah (Hai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya: sekumpulan jin telah mendengar (al-Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Quran yang menakjubkan." (Al-Jin: 1).
5. " Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." (Al-Jin: 6).
No comments:
Post a Comment