Sunday, 13 September 2009

:: Jin dalam botol

Khamis, 2009 September 03

Mari Berbincang; Kurung @ Tangkap Jin Dalam Botol

Pada beberapa bulan lepas semasa saya menghadiri suatu kursus perubatan islam di kuala Lumpur saya di sapa oleh seorang wanita “Cikgu kenal Ust Majid kan? Hati-hati sikit tengok kaedah dia meragukan” lebih kurang macam tulah, ayat sebenar kurang ingat dah. Terpana saya dan Dr Shamsul yang berada disitu. Wanita tersebut mempertikai mana boleh tangkap jin masuk dalam botol, saya akui saya ada belajar tapi tak pernah pratik lagi kaedah tersebut berbincangan saya dengan wanita tersebut singkat sahaja kerana tiada hujah untuk disampaikan.

Teguran wanita tersebut bermain difikiran saya hingga hari ini. Maha Suci Allah, baru-baru ini ketika saya memandang dinding rumah, saya terlintas suatu ilham dan teori berkaitan kes ini.
Ramai para Alim dan mereka yang berpendidikan Agama bersetuju bahawa kalam Allah memberi kesan kepada spiritual atau bukan spiritual yakni fizikal. berikut adalah teori saya

Intisari kisah Nabi Muhammad S.A.W, baginda ketika solat diganggu dan didatangi ifrit untuk membakar muka baginda dengan api. Dengan Izin Allah Baginda Berjaya menangkap dan berhasrat untuk mengikat ifrit tersebut unutk dijadikan mainan kanak-kanak. Tetapi niat Baginda dibatalkan kerana teringat akan Doa Nabi Sulaiman.

Moral kisah Baginda dari pendapat saya
Baginda menangkap tetapi baginda tidak mengurung atau mengikat dan baginda melepaskan ia selepas menangkap ifrit tersebut.

Permasalahan berlaku dari sudut pendapat saya, yang ditegah bukan kaedah memasukkan didalam botol tetapi mengurung jin tersebut. Jika dinilai secara norma, mengurung suatu kehidupan dan memutuskan ia dari keperluan sosial atau makanan sudah dikira suatu penzaliman.

Hujah dari ustaz majid ialah beliau menangkap Jin tersebut dengan izin Allah dan di masukkan ke botol yang dirugyah bertujuan kuarantin bukan mengurung selama-lamanya kemudian dibebaskan serta didoakan untuk dihantar ketempat yang sesuai agar tidak mengganggu manusia.

Apa pun, teori ini saya bentangkan untuk kita sama-sama muzakarah, bukan saya meletakkan titik nokhtah untuk mengatakan saya betul, siapalah saya untuk mengata betul dan salah dengan ilmu yang sedikit ini. Juga tujuan lain untuk kita berbincang agar kita yang bersaudara tidak saling tuduh-menuduh atau memburuk-burukkan orang lain, bukan kah kita semua BERSAUDARA :) Semoga Allah merahmati kita semua dan dihindar dari bahaya fitnah dan mengeratkan lagi persaudaraan kita.. Amin

Wallahualam

No comments:

Post a Comment