Saturday, 8 August 2009

:: Harta Gangga Negara di Pengkalan Bharu


Mahu atau tidak mahu. Saya mesti patuh pada perintahnya. Saya pun memilih beberapa pasang pakaian yang saya fikirkan sesuai untuk dipakai waktu malam.
"Berapa lama kita di sana tok," tanya saya sambil memasukkan pakaian ke dalam beg. Datuk yang sedang menghisap rokok daun berhenti dari menulis rajah di atas kertas putih. Memang itu perangai datuk. Kalau mahu berjalan ke mana-mana. Dia buat rajah dahulu. Dia mahu memastikan, apakah perjalanannya itu membawa tuah atau sebaliknya.
"Boleh jadi sehari dua, boleh jadi seminggu dua, bergantung pada keadaan."
"Keadaan mana tok ?"
"Kalau banyak burung yang kita dapat lamalah kita di sana."
"Bila kita nak bertolak."
"Aku fikir pagi esok sahaja."

Datuk bangun. Dia turun ke tanah. Saya kira datuk bersiap-siap untuk pergi ke kampung bunian menemui isteri mudanya. Dugaan saya tidak tepat. Datuk cuma pergi ke belakang rumah melihat ayam dalam kandang. Barang yang mahu dibawa sudah saya kemaskan. Saya melangkah ke anjung rumah. Sebuah kereta tua masuk ke dalam kawasan rumah datuk. Bila pintu kereta dibuka, keluarlah seorang lelaki Inggeris. Kepalanya separuh botak. Saya kenal orang Inggeris itu. Namanya Mr. Brown pengurus ladang getah, Sungai Bruas.

Mr. Brown terus mendapatkan datuk di belakang rumah. Pengurus ladang getah itu, memang selalu menemui datuk, kalau dia mengalami silap urat. Kalau dia diserang penyakit dia lebih dulu meminta ubat cara kampung dari datuk. Kalau tidak baik baru dia menemui doktor. Pernah dia menawarkan kerja di ladang getah pada saya. Dia suruh saya jadi kerani. Permintaan itu saya tolak. Kedatangannya pada hari itu, tidak saya perhiraukan. Saya agak tentu dia silap urat dan minta datuk mengurutnya. Kalau tidak masakan dia datang, fikir saya. Lama juga Mr.Brown bercakap dengan datuk di belakang rumah. Mr. Brown cukup fasih bercakap Melayu. Dia boleh membaca dan menulis jawi. Pernah dia bercerita pada saya yang dia lama duduk di Palastine dan Iraq masa perang dunia yang pertama dulu.

Saya terus baring di anjung rumah. Mr.Brown naik ke atas anjung bersama datuk. Saya bangun dan duduk bersila macam mereka. Mr.Brown membuka peta.
"Di sini, harta itu ada di sini,' ujarnya dengan tenang sambil menandakan kawasan dalam peta dengan pensil merah. Datuk termenung panjang.
"Kawasan itu jauh, kalau silap masuk kita sesat dalam hutan," tingkah datuk sambil memeluk lutut. Mr.Brown tersenyum. Dia melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya beberapa kali.
"Minggu dulu mandor saya pergi menembak ayam hutan, mereka jumpa kubur besar dalam hutan, macam kubur raja. Ada emas atas kubur, tapi mandor saya tidak berani ambil," jelas Mr.Brown lagi,
"Saya dah minta kebenaran dari tuan OCPD untuk masuk kawasan itu dan membawa barang untuk meletupkan gua."

Datuk terdiam. Saya mula resah. Saya tahu kawasan yang disebutkan oleh Mr.Brown itu, ialah kawasan kerajaan Melayu Bruas lama yang sekarang menjadi hutan belukar. Satu ketika dalu, pernah orang-orang kampung yang sesat dalam hutan kerana mencari rotan terjumpa kawasan istana lama, lengkap dengan taman bunga, rumah batu dan kawasan permakamam di raja. Bila orang itu pergi untuk kedua kalinya mencari kawasan tersebut, kawasan itu tidak dijumpai lagi. Malah orang pergi itu diserang demam panas berbulan-bulan lamanya. Menurut cerita arwah Haji Hamid, kawasan itu cukup keras, Mahkota, emas berlian dan pedang kebesaran raja-raja dahulu tertanam di situ. Orang-orang yang jujur dan ikhlas saja yang selalu terjumpa kawasan tersebut. Arwah Haji Hamid dua kali terjumpa kawasan tersebut. Anehnya, kalau sesiapa yang berniat mahu mencarinya, sampai kiamat tidak akan terjumpa.
"Saya sudah lama menyiasatnya, sejak saya datang." Mr.Brown bersuara sambil melihat peta. Datuk terus tersenyum.
"Di kawasan ini, dulu ada kota kerajaan Gangga Negara," Mr.Brown tanda peta dengan pensil merah.
"Dari sini, kita boleh pergi ke Padang Serai, dari situ kita pergi ke Segari. Tidak jauh dari situ ada kawasan kerajaan Manjong," Mr.Brown berhenti menandakan peta dengan pensil merah. Saya gigit bibir. Datuk kelihatan tenang. Wajah Mr.Brown nampak cemas. Mata merenung ke peta kembali. Kemudian Mr.Brown bercerita tentang kerajaan Ganga Negara. Dia tahu semua kawasan dan wilayah kekuasaan kerajaan Gangga Negara.
"Dari mana awak tahu ?" Soal datuk.
"Di London, di sana semua fasal sejarah Malaya ada di muzium, saya datang ni bukan mahu jadi manager, tapi saya mahu siasat negeri awak."
"Kalau dapat awak mahu buat apa ?"
"Barang-barangnya saya bawa ke London, kemudian saya tulis buku sejarah negeri awak," ujar Mr.Brown dengan bangga. Kerana terlalu pandai Mr.Brown memujuk, datuk mahu membantunya mencari kesan sejarah lama itu. Mr.Brown berjanji dengan datuk kalau mereka berjumpa dengan barang-barang purba dia tidak akan mengambilnya. Dia sekadar mahu melihat dan menyiasat serta mengambil gambar. Mr.Brown juga akan membawa barang makanan yang secukupnya selama penyiasatan itu diadakan. Selain daripada itu Mr.Brown akan membawa tiga orang pekerjanya untuk turut sama dalam rombongan itu. Dalam tilikan datuk, rombongannya akan bertemu dengan kawasan yang dihajati oleh Mr.Brown itu.

Akhirnya, rombongan itu berangkat ke tempat yang dituju. Saya cukup gembira, kerana saya tidak dikecualikan dari rombongan tersebut. Rombongan kami bertolak dari kawasan rumah datuk, kira-kira pukul enam pagi dengan sebuah jeep menuju ke kawasan pecah batu di Seputih. Dari situ berjalan kaki menuju ke tepi Sungai Bruas. Kami menaiki sebuah sampan kecil yang berbumbung. Sebelum itu, Mr.Brown dan datuk sudah pun pergi ke Kampung Kota melihat tulisan di batu nisan lama yang terdapat di situ. Menurut Mr.Brown, mencari kawasan lama itu lebih baik melalui sungai daripada mengikuti jalan darat. Ada dua sebab, kenapa Mr.Brown memilih ikut sungai, pertama mudah dan kedua orang-orang dahulu selalu membuka kawasan di tepi sungai.

Lama juga bersampan di Sungai Bruas. Akhirnya Mr.Brown menyuruh orang yang mendayung sampan rapat ke tepi. Dari situ mendaki satu kawasan bukit kecil. Kami berkhemah di situ. Dua hari kami di situ, masuk hari yang ketiga. Salah seorang daripada rombongan kami jatuh sakit. Dia menjerit tidak tentu arah. Bagaikan kemasukan hantu. Puas datuk mengubatnya. Sakitnya tidak juga mahu hilang. Matanya merah. Lidahnya sentiasa keluar. Mr.Brown mengambil keputusan untuk menghantar pulang dua orang pekerjanya itu. Sepeninggalan Mr.Brown, datuk dan saya hanya duduk di dalam khemah saja.

Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Macam-macam suara yang saya dengar. Datuk duduk di kanan saya, sekali-sekala, saya dengar datuk bercakap. Dengan siapa dia bercakap, saya tidak pasti. Tetapi suara orang yang dilawannya bercakap jelas kedengaran. Orang itu menyuruh datuk berpindah ke tempat lain, kerana kawasan yang diduduki sekarang kawasan larangan. Datuk berjanji dengan orang itu akan pindah pada pagi esok. Lepas itu, saya lihat datuk tidur dengan lena hingga ke pagi. Lebih kurang pukul sepuluh pagi Mr.Brown pun tiba. Dia membuka peta lagi. Mr.Brown sukat peta dengan kayu pembaris.
"Kita masuk ke dalam lagi," katanya. Tanpa membantah datuk dan saya mengikut perintahnya. Satu kawasan lapang kami cari. Berkhemahlah kami di situ. Sementara menanti matahari terbenam, Mr.Brown mengutip dan meneliti tanah dan batu yang ditemuinya di kawasan tersebut.
"Kita berada di kawasannya," kata Mr.Brown pada datuk sambil membaca buku tebal yang dibawanya. Setiap kali dia dapat tanah atau batu dia buka buku.

Matahari pun terbenam di kaki langit. Datuk ambil air sembahyang dari kolam yang terdapat di situ. Airnya cukup jernih. Lepas sembahyang datuk dan Mr.Brown terus masak. Lepas makan Mr.Brown baca buku. Lampu gasolin yang terpasang dalam khemah cukup terang. Dalam ingatan saya, sudah tiga malam kami berkhemah dalam hutan tebal. Lebih kurang pukul sembilan, saya sudah tidak berdaya membuka kelopak mata. Saya mengantuk betul. Saya terus tidur dan bermimpi menemui seorang perempuan yang cantiknya tidak dapat saya lukiskan. Dia bagaikan gadis bangsawan duduk berjuntai kaki di balairong seri sambil membawa lagu-lagu Hindu dengan irama yang merdu dan halus. Dia bangkit lalu mendekati saya. Dia mengajak saya berjalan mengelilingi istana. Kulitnya cukup halus. Bau badannya semerbak wangi. Senyum sentiasa terukir di bibir nipisnya.
"Siapa namamu," tanya saya. Dia tidak menjawab. Jejari tangannya yang lentik terus mengheret tangan saya menuju ke pokok besar. Saya patuh pada arahannya, berjalan di rerumput yang menghijau di depan istana.
"Ke mana ?" soal saya. Dia tidak menjawab, tapi jari telunjuknya menuju ke arah pohon beringin rendang.
"Siapa namamu ?" ulang saya lagi. Dia berhenti berjalan.
"Dayang pada Tuan Puteri Zarid Gangga," dia menjelaskan pada saya. Fahamlah saya sekarang. Rupanya dia orang kanan dalam istana kerajaan Gangga Negara. Sebaik saja sampai di bawah pohon beringin. Dia menghilangkan diri. Saya terkejut dan terbangun. Saya lihat Mr.Brown masih lagi membaca buku dan meneliti ketul batu dan tanah yang dikutipnya. Datuk masih lagi mengadap asap kemenyan yang dibakar. Saya ceritakan pada mereka apa yang saya alami dalam masa tidur tadi.

Pagi esoknya, kami mencapai kata sepakat untuk mengali tanah di bawah pohon beringin. Lima jam kami mengali tanah. Akhirnya kami menemukan sebuah peti besi yang dibuat dari logam kekuningan. Mr.Brown segera membuka peti itu. Datuk terkejut, kerana dalam peti itu terisi tengkorak manusia. Kami berhenti menggali, kerana hari sudah beransur gelap. Datuk membungkus tengkorak itu dengan kain kuning. Malam pun tiba. Datuk mengusap tengkorak itu dengan kemenyan. Dua tiga kali dia meletakkan tengkorak itu atas peti dan merimbasnya dengan kain hitam.
"Tengkorak ni tak ada apa-apa," kata datuk pada Mr.Brown. Mr.Brown anggukkan kepala. Tengkorak itu diletakkannya di dalam peti. Lepas itu kami masuk ke dalam kelambu masing-masing. Menjelang tengah malam, saya terjaga. Bagaikan ada tangan yang mengoyangkan bahu kanan saya. Yang pertama kali saya dengar, suara wanita menyanyi sayup-sayup di selang-seli dengan bunyi gendang. Nyanyian dan bunyi gendang makin lama makin dekat. Kemudian menghilang. Cuma yang kedengaran bunyi desiran angin yang kuat. Di tingkah dengan bunyi raungan harimau, suara burung tukang dan jampok bersahut-sahutan. Terfikir juga oleh saya untuk membangunkan Mr.Brown dan datuk. Bila saya kaji dalam-dalam, mereka tidak perlu dibangunkan.

Saya jatuhkan kepala atas bantal. Desir angin dan nyanyian burung hutan terhenti. Saya terdengar suara orang memanggil saya di luar khemah. Saya amati suara itu. Datangnya dari arah pohon beringin. Suara itu cukup jelas. Saya membuat keputusan untuk keluar dari perut khemah dan menuju ke pohon beringin seorang diri. Di luar khemah, saya dongak ke atas. Malam memang tidak berbintang, tetapi awan kelihatan cukup bersih. Angin malam bertiup cukup keras. Pepohon di kiri kanan khemah bagaikan digoyang orang. Tiba-tiba saja hati saya membuat keputusan tidak mahu pergi ke bawah pokok beringin. Saya masuk ke dalam belukar di kanan khemah, saya mahu mengintip dari situ. Saya renung ke arah datangnya suara wanita itu. Badan saya mengeletar. Sepasang mata saya melihat tubuh seorang wanita berdiri tanpa kepala di situ. Tanpa saya sedari, dahi saya berpeluh, kawasan tempat wanita itu berdiri cukup terang.

Saya membuat keputusan untuk masuk ke dalam khemah. Bila saya mahu melangkah, kepala lutut saya terasa cukup lemah. Saya jatuh terduduk atas tanah. Mata saya masih lagi tertumpu ke arah pohon beringin. Saya saksikan sebuah kepala bergolek-golek atas tanah, kemudian memanjat tubuh wanita itu, lalu bercantum dengan leher. Dalam sekejap mata wanita itu hilang. Kemudian berdiri betul di depan saya, Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Bumi serasa tidak ada. Peluh terus menguasai seluruh badan saya. Suara sudah tidak mampu keluar dari kerongkong. Dalam saat yang payah itu, segera wanita itu hilang. Berdiri di bawah pohon beringin hilir mudek di situ. Memang sahlah, wanita itulah yang saya temui dalam mimpi saya yang lalu.

Kemudian wanita itu pergi ke khemah yang didiami oleh Mr.Brown dan datuk. Lebih kurang lima enam langkah mahu sampai ke gigi khemah, dia berpatah balik. Menuju ke kolam tempat datuk mengambil air sembahyang. Bila wanita itu berdiri di depan kolam, dia terus menjerit. Saya lihat kepalanya jatuh ke tanah, berguling-guling menuju ke pangkal pohon beringin. Tubuh wanita itu segera ghaib. Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang bergaduh, saya terdengar suara jeritan gajah. Saya terdengar bunyi pedang berlaga. Semuanya tidak kelihatan dan berlaku di kawasan dekat khemah kami. Bila semuanya tidak kedengaran lagi, saya lihat ada tubuh lelaki hitam memeluk seorang gadis genit, tanpa baju dan kain. Lelaki hitam membalutkan tubuh wanita itu dengan jubah yang dipakainya. Wanita dibawanya naik ke atas belakang gajah. Mereka bergerak ke selatan bersama dengan bunyi gendang perang yang hebat.

Sementara itu fajar pagi pun tiba. Saya masih tertiarap atas tanah. Seluruh badan saya terasa lemah. Datuk yang bangun untuk sembahyang subuh bagaikan tahu yang saya tidak ada dalam khemah. Selesai sembahyang subuh dia pun mencari saya.
"Kenapa begini," tanya datuk terkejut melihat saya terbaring atas tanah. Saya mahu menceritakan semua yang saya lihat, tapi suara saya tidak keluar. Datuk kembali ke khemah mengambil kain hitam. Barulah saya boleh bergerak dan bersuara. Datuk memimpin saya ke khemah. Dia merungut dan marahkan saya, kerana saya keluar tidak memberitahunya. Semua yang saya lihat saya ceritakan pada Mr.Brown dan datuk dengan jelas dan terang. Ketika Mr.Brown membuka peti besi kecil tempat menyimpan tengkorak, dia terkejut. Tengkorak yang berbungkus kain kuning, hilang entah ke mana.

Datuk mencadangkan pada Mr.Brown supaya menggali tanah di sekitar kawasan kolam. Mr.Brown tidak setuju , dia lebih suka kalau air kolam itu di keringkan, kemudian perut kolam itu digali. Datuk terima cadangan itu, kerana mengerinkan air kolam itu bukanlah satu perkara yang sukar. Mr.Brown sendiri ada membawa jentera untuk mengeringkan air. Lebih kurang pukul lapan pagi, kerja untuk mengeringkan kolam pun bermula. Satu jam kemudian air dalam kolam pun kering. Saya terkejut, rupanya kolam itu dibuat dari batu gunung yang tersusun rapi. Batu bahagian permukaannya sudah banyak yang pecah serta ditimbus oleh tanah.
Datuk menduga, kolam itu tempat mandi dan tempat bermain keluarga bangsawan dalam zaman pemerintah Gangga Negara. Bila air kolam sudah kering betul. Datuk, Mr.Brown dan saya pun memecahkan lantai kolam. Tanah di situpun kami gali. Barang-barang yang kami temukan di dalam kolam itu ialah rangka manusia dan peti besi yang berisikan tengkorak yang hilang dari simpanan Mr.Brown. Dengan perintah datuk tulang-tulang serta tengkorak itu ditanam semula dalam satu lubang dekat pokok meranti. Pada sebelah malamnya, datuk membuat keputusan yang nekad. Dia mengajak saya dan Mr.Brown tidur dekat kolam yang sudah dikeringkan itu.
"Ini merbahaya," bantah Mr.Brown.
"Kalau awak mahu mencari apa yang awak hajat, awak kena ikut saya." Suara datuk meninggi. Matanya mula merah.
"Ok saya ikut."
"Begitulah." Datuk pun ketawa berdekah-dekah.

Sepanjang malam di tepi kolam itu, datuk terus menerus membakar kemenyan. Dia memakai baju hitam, seluar hitam. Sekali pandang, datuk bagaikan hulubalang kerajaan Melayu Melaka. Datuk terus membaca mentera di depan asap kemenyan. Sekali-sekala dia membuka silat. Tiba-tiba datuk diam. Matanya pejam. Badannya tidak bergerak. Asap kemenyan berkepul-kepul naik ke udara. Datuk rebah di situ. Saya segera mahu menghampirinya.
"Jangan, dia menerima pertunjuk dari orang lain," kata Mr.Brown sambil memegang bahu kanan saya. Malam terasa cukup dingin dengan tiupan angin yang sungguh kencang. Suara burung hantu dan salakkan anjing serigala kedengaran sayup-sayup. Datuk melompat dan terus duduk bersila memandang muka Mr.Brown sambil berkata: Seorang pengasuh puteri datang pada aku, dia mengucapkan terima kasih, kerana kita telah mempersatukan tubuh dengan kepalanya serta menanam jasadnya dengan penuh hormat. Ketika aku tanya kenapa dia mengalami nasib buruk itu. Dia telah menerangkan pada aku, kepalanya telah dipancung oleh angkatan Raja Suran, badannya dicampakkan ke dalam kolam, kepalanya ditanam di bawah pokok beringin. Dia ingin membalas jasa kita semua. Dia telah memberitahu pada aku di mana barang-barang Raja Gangga Negara, seperti pedang kebesaran, mahkota dan emas berlian ditanam."
"Di mana tempatnya tok, " tanya saya tidak sabar.
"Sabar, esok saja aku ceritakan." Suara datuk tenang. Lepas itu dia mengajak kami kembali ke khemah semula.

Pagi esoknya, datuk menyuruh saya dan Mr.Brown meruntuhkan khemah. Kemudian turun ke dalam sampan. Dari situ kami menyusul tebing Sungai Bruas yang penuh dengan buaya liar ke sampai ke Tanjung Ara - dekat Pangkalan Bharu. Dari situ kami mendarat di satu kawasan berbukit. Hutannya cukup tebal. Kami berjalan ke arah matahari jatuh hingga bertemu dengan kawasan tanah yang agak tinggi yang gondol itu penuh dengan batu-batu pejal. Datuk menyuruh kami mendirikan khemah di situ.
"Puteri itu telah membawa aku ke mari, " kata datuk, "menurutnya Raja Gangga Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya dipancung oleh Raja Suran." Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah-dekah. Barang yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya.

Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat dari tembaga dipuncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung itulah tempat harta karun Raja Gangga Negara.
Mr.Brown pun menyiapkan alat peletup. Menurutnya pendapatnya harta-harta itu tertanam lebih kurang sepuluh meter ke dalam bumi. Bila dinamit yang dipasang itu meletup, boleh menolong melongsurkan tanah sedalam enam atau lapan meter, kemudian tanah itu akan digali. Datuk setuju dengan cadangan itu, masa untuk meletupkan kawasan itu ditetapkan pada tepat pukul empat petang.
Tepat pukul empat petang, terdengarlah satu letupan bergema dalam hutan tebal, batu-batu berterbangan, pokok-pokok habis tercabut. Tanah tinggi disitu kelihatan rata. Mr.Brown cukup gembira, dia tidak putus-putus ketawa. Bila ketawanya berhenti, Mr.Brown terkejut besar, dari kawasan tanah yang diletupkan itu keluar beratus-ratus ekor ular sebesar peha menyerang kami. Saya, datuk dan Mr.Brown lari lintang pukang menuju ke perahu untuk menyelamatkan diri, semua barang-barang kami tinggalkan. Sampai di perahu saya lihat dahi Mr.Brown berdarah. Seluarnya habis koyak.

Kami menyusul tepi Sungai Bruas menuju ke arah pekan Pangkalan Bharu, Ketika itu senja sudahpun tiba, hari sudah mula gelap. Perahu kami tiba-tiba tidak boleh bergerak. Air sungai melimpah dengan tiba-tiba. Tebingnya yang tinggi ditenggelami air. Datuk nampak cemas. Kemudian dia senyum dan berkata : "Kalau kami salah ampunkanlah."

Sehabis sahaja datuk berkata, dari perut sungai timbul seorang lelaki yang bertubuh besar dengan pakaian kebesaran seorang raja. Anehnya semua pakaiannya itu tidak basah, mestipun ia baru timbul dari dasar sungai. Wajahnya kelihatan bengis. Malam yang gelap itu bertukar menjadi cerah bagaikan siang hari. Datuk terus berhadapan dengan orang itu.
"Awak mesti tahu, tidak seorangpun yang boleh mengambil harta kerajaan Gangga Negara. Itu milik kami. Awak sebenarnya manusia bodoh, kalau ular yang keluar dari lubang yang awak letupkan itu awak tangkap, ular-ular itu akan bertukar menjadi harta karun dan emas. Awak mesti menerima hukuman kerana mengkhinati kami," lelaki bertubuh besar bersuara.
Datuk masih berhadapan dengannya, cukup tenang menghadapi suasana yang gawat itu. Datuk mengenakan tanjak di kepala dan mencabut keris dari pinggang.

Thursday, 23 July 2009

:: Siapa ni?

Misteri: 'Isteri' balik rumah
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
SEJAK sekian lama, cerita misteri terutama membabitkan makhluk halus dan kehidupan orang Melayu seakan tidak boleh dipisahkan. Cerita sama tetap berupaya menarik perhatian walau diulang berkali-kali dengan sedikit tokok tambah. Makhluk halus memang ada dan kewujudannya diterangkan dengan jelas dalam al-Quran. Ia memang diketahui tetapi apa yang menjadikan kewujudannya tidak disenangi ialah cara ia memberitahu kehadirannya melalui gangguan, usikan atau jelmaan yang menakutkan.
Manusia dan makhluk halus juga tidak boleh menjadi kawan dan jika ada yang melanggar hukum itu, akibatnya akan membinasakan diri. Cerita ini pernah menggemparkan sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukit Merah di Perak. Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad Syakir, 29, memberitahu tidak lama dulu dia dan isteri serta anak perempuannya yang dalam perjalanan pulang ke rumah mentua agak kehairanan mendapati pondok kecil di simpang masuk kampung isterinya lengang, sedangkan waktu baru menjangkau jam 8 malam. “Saya memandu dengan perlahan dan berhati-hati kerana jalan masuk ke kampung isteri yang terletak agak jauh dari jalan besar, sempit dan tidak rata. Di kirinya pula ada tali air. Tanda tanya mengapa tiada anak muda melepak di pondok itu hilang begitu saja.
“Saya tidak pula berasa cuak dengan keadaan sunyi sepi dan gelap di kiri kanan jalan. Mungkin sebab sudah biasa berdepan dengan gangguan makhluk halus. Malah sepanjang perjalanan ia langsung tidak terlintas di ingatan,” katanya. Sesampai di laman rumah mentuanya, Syakir turun mendukung anak perempuannya, manakala isteri mengangkat beg baju. Kehairanan sekali lagi timbul apabila ibu mentuanya segera keluar menyambar cucu lantas dibawa masuk dalam rumah dengan tergesa-gesa. Syakir yang ingin mengambil angin malam duduk di atas pelantar di depan rumah tertanya-tanya dengan ajakan ibu mentuanya yang bersungguh-sungguh mahu dia masuk ke dalam dengan segera. “Saya berasa berasa pelik sangat perangai ibu mentua. Dia seolah-olah bersembunyi di belakang pintu sambil menggamit saya supaya segera masuk ke rumah. Sebaik melangkah masuk, dia cepat-cepat menutup pintu. Gayanya macam ingin menghalang benda lain masuk.
“Selepas itu, barulah saya tahu cerita sebenar di sebalik tindak tanduk ibu mentua saya. Ia juga menjadi sebab mengapa pondok di simpang sunyi sepi. Rupa-rupanya, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila seorang wanita warga emas yang baru dikebumikan tiga hari lalu dilihat merayau-rayau,”
katanya.
Kejadian mula disedari suami wanita berkenaan sendiri yang terperanjat besar mendapati makanan sudah sedia terhidang di atas meja apabila dia pulang bekerja. Bunyi seperti orang sedang mandi dalam bilik air tambah menghairankannya. Dia yang pada awalnya menyangka rumah diceroboh masuk, terus kaku dan membuka langkah seribu apabila melihat tubuh yang melangkah keluar dari bilik air ialah isterinya yang baru dikebumikan. Sejak itu, si suami tidak berani tidur di rumahnya dan sebaik malam menjelma, dia akan menumpang tidur di rumah saudara mara atau jiran. “Ibu mentua saya memberitahu jelmaan itu juga mula mengganggu orang kampung, merayau-rayau mengetuk pintu rumah penduduk. Dia bersyukur kerana kejadian menyeramkan itu tidak berlaku kepadanya tetapi di kalangan jiran ada yang pengsan apabila mendapati tiba-tiba wanita itu berada di dapur mereka. “Bagaimanapun, keadaan kini sudah pulih seperti biasa dan pondok di simpang sudah kembali riuh,” katanya. Sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali bersahabat dengan makhluk halus apatah lagi membelanya untuk kepentingan diri. Jika difikirkan secara logik, apa faedahnya berkawan dengan jin atau syaitan yang sudah sah akan ke neraka juga kesudahannya.

Wednesday, 22 July 2009

:: Bunga bakawali

Bunga Bakawali
The kingdom of Tajul Bahri is ruled by Sultan Tajul Arif and a host of able ministers and officials. One day when the king’s officials and courtiers are gathered in court, Sultan Tajul Arif comes in. Apparently he has been only recently blinded while hunting in a forest. The Sultan, taking his place on the throne, asks one of his ministers (wazir) to call in an astrologer (ahli nujum), so that the cause of his blindness as well as a possible remedy may be known. According to the astrologer the Sultan has been blinded because a golden deer (kijanq emas) crossed his path. The cure is a flower known as bunqa bakawali, which grows in the Garden of Bolkis. The garden is almost impossible to reach. Even if the whole population of Tajul Bahri went in search of the flower the chances of getting it are very remote. The only person who can successfully obtain bunga bakawali is Prince Tajul Muluk, son of Sultan Tajul Arif.

Tajul Muluk leaves with his two companions, Ahmad and Muhammad, in search of the magical flower. They soon arrive at a cross‑roads. The three roads facing them lead respectively to a sea of mud, a dark ocean and a sea of fire. They decide that each one will take a different route. Tajul Muluk goes through the sea of fire, while each of his companions agrees to take one of the other routes. Once the prince leaves, Ahmad and Muhammad decide to abandon their journey. They return to the city to enjoy themselves.

Tajul Muluk, having successfully crossed the sea of fire, finds himself before a cave, the home of a gigantic Garuda bird. Attacking Tajul Muluk, the bird tries to eat him but the prince pleads with it and after some time the Garuda leaves Tajul Muluk alone. As soon as Garuda goes in search of food, there arrives before Tajul Muluk a beautiful princess, Garuda's daughter. Tajul Muluk and the princess, Nurul Ashikin, are attracted to each other. Upon Garuda's return, they are married.

Tajul Muluk tells his wife, Puteri Nurul Ashikin, regarding his mission ‑‑ that is to search for bunqa bakawali. Puteri Nurul Ashikin believes that Garuda can be of assistance as he is one of those taking care of the flower. As a means of drawing the huge bird’s attention, the two pretend to quarrel, and when questioned by Garuda, they ask Garuda to swear by the Prophet Solomon that he will grant them a favour. When Garuda takes his oath they tell him regarding Tajul Muluk’s search for bunga bakawali. With the assistance of Garuda’s friend, the king of the rats (Maharaja Tikus), who cuts an underground passage to the Garden of Bolkis, Tajul Muluk reaches the garden. Here he finds Puteri Bakawali asleep. Tajul Muluk feels faint. Without wasting any time, however, he takes the princess ring and bunga bakawali. Puteri Bakawali, upon awakening, finds both her ring and the magical flower missing. She is sent by her father, the king of the skies (Maharaja Kayangan) in search of the two missing items. To this end she disguises herself as a man.

Meanwhile Tajul Muluk, now in possession of bunga bakawali, arrives at the junction where he parted from Ahmad and Muhammad, and where they have agreed to meet. Each of them brings with him a flower, and each claims that his flower is the true bunga bakawali. To establish which of the three flowers is the true bakawali, they find a blind man, who is promptly healed by the flower in Tajul Muluk’s hand. Ahmad and Muhammad decide to steal the flower from Tajul Muluk. Persuading the prince to the edge of a lake, they push him into it, in the process snatching the flower from him.

Meanwhile the story turns to a poor couple. One morning when the wife goes to the lake as usual to get some water, she comes across Tajul Muluk. To her enquiry as to why he is in the lake, Tajul Muluk replies that he is a trader and that he has been robbed and pushed into the lake by a band of thieves. The old woman, pitying Tajul Muluk, takes him home with her. The prince is adopted as their child by the poor couple. He begins selling cakes on their behalf.

Ahmad and Muhammad, having acquired bunga bakawali, now in audience before Sultan Tajul Arif. The Sultan's blindness cured by means of the flower. As a reward he gives the two as much money as they want and also complete freedom of action in his land for forty days and forty nights. The only restriction is that they cannot kill anyone.

During this time Puteri Bakawali, disguised as a young man, arrives before Sultan Tajul Arif, seeking a job. She is given responsibility of the State Treasury, where she works under the assumed name of Shahrat.

Ahmad and Muhammad misbehave themselves and go wandering about in the country. One day they meet Tajul Muluk as the cake-seller but do not recognise him. They eat his cakes until they are absolutely stuffed. They ask for some water, and when Tajul Muluk goes to fetch water for them, they abscond. His foster parents, when they learn from him the cause of his misery, suggest that a complaint be made to the Sultan.

In the palace the poor man presents his case before the sultan. Puteri Bakawali notices her ring on Tajul Muluk’s finger, and she too goes before the Sultan. As Shahrat, she orders that all the doors to the palace be locked, as there is a thief amongst them. She points out Tajul Muluk as the thief, saying that the ring on his finger is a stolen one. The Sultan, surprised, asks who Shahrat really is, and Puteri Bakawali, removing her disguise, relates all the events that have taken place. It is not Ahmad and Muhammad who obtained bunga bakawali, she says. The successful person is none other than the young cake seller. Tajul Muluk reveals his true identity as the son of Sultan Tajul Arif who went in search of the magical bunga bakawali. Realising that Ahmad and Muhammad have cheated him and his son, the Sultan orders them to be punished, but Tajul Muluk urges his father to pardon them.

At that very instant the King of the Skies arrives and the marriage of Tajul Muluk and Puteri Bakawali is celebrated. Soon afterwards, Garuda too comes in bringing with him his daughter, Tajul Muluk’s first wife. The Sultan orders that celebrations be held for the period of forty days and forty nights to commemorate the marriage of Tajul Muluk to both Puteri Nurul Ashikin and Puteri Bakawali.

Tuesday, 21 July 2009

:: Jenis terbang pun ada

Abu Tha'labah al-Khasyaniy telah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Makhluk jin itu terdapat dalam 3 jenis: Pertama jenis yang mempunyai sayap dan ia boleh terbang di udara. Kedua jenis berupa ular dan kala jengking. Dan yang ketiga ialah jenis yang suka berpindah randah."
(Hadith riwayat at-Tabraniy, al-Hakim dan al-Baihaqiy dalam al-Asmaa' was-Sifat dengan sanad yang sahih. Lihat Sahibul Jami': 3/85)

:: Seterika lama





Sekarang dah moden dan arus kemodenan menjalar hingga ke kawasan pedalaman dan desa terpencil. Seterika elektrik telah berjaya mengambil alih tugas dan peranan seterika lama... yang menggunakan arang atau tempurung kelapa. Teramat sukar untuk mencari dan melihat seterika lama (arang) yang mempunyai kepala ayam pada bahagian penyelaknya sekarang ini. Nostalgia dan imbauan sesekali menerjah minda.

:: Besi kuning - 2



Harga: RM 400
Besi kuning asli dlm kepompong. Brg sudah agak lama. Agak sukar nak cari barang ini. Barang boleh diperolehi dari Indonesia. Boleh digunakan untuk bermacam tujuan. Hanya yang berminat sahaja yang dapat menilainya.

:: Besi kuning - 1


ANCIENT, ANTIQUE & SPECIAL THE FORGING WEAPONS of YELLOW IRON

ORIGIN OF THE WEAPON
Properties of Datuk Sjarif Raja Alam, the King of Mangkubumi / Minister of Sambaliung of Berau - East Borneo, year 1863
Current owner is the grandson of Datuk Sjarif Raja Alam (the third generation)
Age of the property/goods more less 200 years old
ITS BENEFITS
Makes us invulnerable to bullets as well as any kinds of sharps
Can be owned by those live overseas outside of Indonesia.
PLAN
Will be requested to those who have clean mind and honest eventhough not a Moslem
The property will be handed over directly to the recipient of bequest (new owner)
Value of bequest is US$ 750,000.00
OTHERS
Fee for the expediter (mediator) may be taken no more than 10% of the total value
Testing of the benefit or magical power have to be done toward the current owner as well as to the new owner (not to the expediter)
Venue and time for testing and other transaction will be settled down later if the above conditions is met (fulfilled)

ASAL USUL PEMILIK BARANG (BESI KUNING) :
Milik Datuk Sjarif Raja Alam, Raja Mangkubumi / Menteri Kerajaan Sambaliung di Berau - Kalimantan Timur, tahun 1863
Pemilik sekarang cucu dari Datuk Syarif Raja Alam (generasi ketiga).
Umur barang kurang lebih 200 tahun.
KEGUNAAN
Anti terhadap tembakan peluru senjata api dan sayatan senjata alam.
Dapat dimiliki oleh orang yang bermukim diluar wilayah Indonesia.
RENCANA
Akan diserahkan kepada orang yang niatnya selalu bersih dan jujur meski bukan Muslim
Proses penyerahan barang langsung kepada sipenerima (pemilik baru)
Nilai penyerahan sebesar US$ 750.000,-
LAIN-LAIN
Besarnya fee jasa perantara, dapat diambil tidak lebih dari 10% dari nilai tersebut di atas.
Pengetesan keampuhan harus dilakukan terhadap pemilik barang yang lama maupun kepada pemilik yang baru (bukan terhadap perantara)
Tempat dan waktu pengetesan serta transaksi ditetapkan kemudian setelah ada kesepakatan semua hal tersebut di atas.
This information online since September 23, 1999
Contact:Mr. Agus Akhiriyanto P. (as the family of the owner)+62 541 741218 or +62 815 451 44336
OR
Mr. Sandjaja Kosasih (as the contributor of this webpage)+62 541 748541 or Fax: +62 541 748544e-mail:
iklan@lamin.com