Thursday, 10 December 2009

:: Kuasa Allah menggerakkan

Allah gerakkan hati Kadri ke arah selamat

Oleh Nuri Angkasa

PERISTIWA berlaku sudah agak lama, tapi masih menjadi tanda tanya di kalangan pemancing yang terbabit hingga ke hari ini. Bertitik tolak dari meninggalkan Kuala Parit Haji Baki Muar, lima pemancing anak tempatan melahirkan hasrat untuk melakukan ekspedisi memancing selama tiga hari dua malam di sekitar perairan laut pantai Sungai Muar meliputi perairan Tanjung Tohor di Batu Pahat, Johor.

Bersama tekong anak kelahiran Parit Raja, Kadri di kenal juga sebagai tekong Komando Laut membawa rombongan lima pemancing muda ke togok Parit Unas yang masih bermusim dengan ikan serkut. Nyata harapan kumpulan berkenaan untuk bermain dengan ikan yang ada pertalian rupa wajah dengan ikan gerut-gerut dan tebal pipi masih dapat memenuhi harapan mereka, cerita Jamal sambil mengakui bahawa togok dari batang nibung dan batang pinang paling di gemari spesies ikan serkut, gerut-gerut dan tebal pipi selain dari kurau yang turut sesekali datang bermain di kawasan togok berkenaan.

Program lima sahabat itu berjalan lancar, dari singgahan pertama kami dibawa ke togok Parit Kassim, yang membariskan togok pasang dan surut, malah kawasan ini dia anggap sebagai kawasan togok paling panjang dan masih aktif hingga sekarang.


“Kami bermalam di kawasan togok dan sering berpindah antara togok pasang dan togok surut. Hasil tangkapan kurang memuaskan cuma beberapa ekor ikan gelama papan, anak pari dan dua ekor kurau yang dapat dinaikkan.

“Malam itu kami rasa bagaikan ada sesuatu yang melindungi kumpulan kami dari sebarang gangguan dari beberapa kawasan togok yang dianggap keras, tapi bagi kami yang sudah biasa memancing dalam kawasan berkenaan terus terang mengatakan bahawa kawasan berkenaan adalah selamat.

“Kami terus meneroka lebih jauh hingga tiba ke perairan Tanjung Tohor yang banyak menyimpan rahsia misteri tersendiri dan diakui oleh para nelayan yang mengaitkan berbagai cerita, namun bagi kami tetap berserah kepada Allah dan sentiasa mohon perlindunganNya.

“Beberapa spot kami singah, tapi tiada seekor pun ikan yang dapat kami daratkan walaupun kawasan itu adalah tempat yang kami pasti ada ikan seperti gelama papan, mayung, tetanda, pari dan jenahak,” kata Jamal ketika ditemui penulis baru-baru ini.

Tekong Kadri kata Jamal agak hairan malah tidak pernah berlaku kehampaan begitu ketara lalu beliau berpindah lagi ke satu kawasan terbaik yang menjadi pilihannya. Umpan pilihan dilabuhkan namun hasilnya sama seperti tempat sebelum ini.

“Apa yang tak kena dengan trip kali ni? tekong Kadri merungut dan berpindah lagi di lokasi tidak berapa jauh dari rumah api lalu berehat di situ sambil menikmati makan tengah hari,” katanya.

Jamal tambah keliru kerana dalam cuaca panas terik tiba-tiba berlaku hujan renyai-renyai, bagaimanapun tekong Kadri begitu tenang sambil beberapa kali melihat kaki langit yang tebal di balut awan kelabu pekat sambil itu sauh diangkat perlahan.

Serentak itu beberapa dentuman guruh kuat diiringi kilat membatang di kaki langit. Tekong Kadri yang mula merasakan sesuatu akan berlaku segera beredar sambil serentak itu ribut dan angin kencang datang bersama gelombang besar.

Keadaan laut berubah begitu pantas dan sekelip mata kawasan pantai sudah tidak kelihatan lagi, mereka dalam keadaan ketakutan, cemas tapi tekong Kadri terus melajukan botnya membelah gelombang dan angin kencang. Arah tuju masih belum tentu, cuma berpandu pada gerak rasa dan pengalaman.

Sudah berbelas jam kami meredah cuaca buruk sehingga bertemu malam yang lebih menakutkan. “Kita dah kat mana ni,” tanya seorang dari rakan kumpulan itu dan terus berpandangan antara satu sama lain sambil berdoa kepada Allah supaya dipertemukan muara tempat mula kami turun.

Bot sudah mula dibolos air, Jamal dan rakannya bertambah bimbang dan akhirnya lunas bot dirasakan tersentuh beting dan tidak lama kemudian terhenti dan tidak bergerak lagi. Kumpulan berkenaan kata Jamal tidak dapat menahan keletihan lalu tertidur dan akhirnya tekong menggerakan mereka apabila matahari sudah tinggi.

“Kami terkejut sambil memandang keliling. Bot sudah tersadai di lumpur berhampiran Kuala Parit Haji Baki. Kita selamat Alhamdulillah, tapi macam mana kita boleh ada kat sini,” Tekong Kadri sendiri tidak dapat memberi jawapan cuma menadah kedua belah tangan ke langit tanda bersyukur kepada Allah.

Tekong Kadri sendiri mengaku bahawa beliau sudah hilang pedoman ketika dilanda ribut dan gelombang sebelum itu, dia cuma memandu bot pada arah yang Allah saja mampu meletakkan semula botnya di Kuala Parit Haji Baki, sesungguhnya kuasa Allah melebihi segala lain yang ada di bumi mahu pun di langit.

Wednesday, 9 December 2009

:: Jin di Jakarta?

Seribu Jin Peringati Hari Antikorupsi
Ilustrasi Jin
Rabu, 9 Desember 2009 | 09:26 WIB
Laporan wartawan KOMPAS Adi Sucipto

LAMONGAN, KOMPAS.com - Seribu jin dikerahkan untuk berunjuk rasa memperingati hari antikorupsi sedunia di Jakarta, Rabu (9/12/09). Pimpinan Pondok Pesantren Dzikrus Syifa' Brojomusti di Lamongan, KM Muzakkin yang memiliki santri dari bangsa jin menyatakan punya cara lain mengekspresikan peringatan hari antikorupsi sedunia.

"Pagi ini kami mengirimkan seribu jin ke pusat arena demonstrasi di Jakarta dengan pimpinan Ghulam Akhmad, jin dari Mesir yang pernah merasuki santri saya yang sakit jiwa. Upaya ini semata-mata sebagai partisipasi dan memberikan dukungan pada demonstran dan pemerintah lewat dimensi lain dalam rangka pemberantasan korupsi di Indonesia," paparnya.

Jin yang dikirim semua sudah terlatih dan profesional ada ahli sosial, ahli politik, hukum, keamanan, agama, pengobatan dalan lainnya. Jika ada demonstran yang kesurupan dan atau ilmu hitam untuk menyihir, menyantet dan memberikan guna-guna atau memperkeruh keadaan, maka jin dari pesantren Dzikrus Syifa' siap menghadapinya

"Jangan sampai peringatan dan perjuangan ini dikotori penumpang gelap yang bertujuan memprovokasi dan memperkeruh keadaan. Seribu jin semuanya Islam dan siap membantu mengamankan demo besar-besaran hari ini," ujar Muzakkkin.

Dia menambahkan, reformasi sudah bergulir sejak 1998, sejak itu desakan melaksanakan demokratisasi dan pemberantasan korupsi, kolusi dan nepotisme sudah bergema di seluruh negeri. Kenyataannya sampai kini penanganan korupsi belum sesuai harapan.

Untuk mewujudkan bebas korupsi, hukum harus ditegakkan siapapun apapun jabatannya bila melakukan korupsi harus diadili. Upaya membongkar korupsi oleh lembaga antikorupsi seperti Indonesian Corruption Watch dan lainnya harus didukung demi tercapainya masyarakat adil dan makmur berdasarkan Pancasiladan UUD 1945.

"Semoga upaya memberantas korupsi bisa terus berlanjut agar masyarakat lebih sejahtera," katanya.

Sent from Indosat BlackBerry powered by


Editor: acandra

Thursday, 3 December 2009

:: Sukarnya nak tidur malam

Sukar Tidur Malam

Antara penyakit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali sebagai imsomnia. Sebagaimana yang kita tahu, jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza, bagaimanapun secara umumnya, manusia tidak memerlukan waktu yang panjang untuk tidur.

Penyakit sukar tidur boleh disebabkan antara salah satu faktor di bawah:

1. Stress atau tekanan (tempat kerja, belajar, rumahtangga)
2. Menghadapi masalah (rumahtangga, kewangan, pelajaran, pekerjaan)
3. Perubahan pada persekitaran (berpindah tempat tidur, rumah , dan sebagainya)
4. Penyakit
5. Gangguan makhluk halus

Pesakit yang menghadapi masalah gangguan makhluk halus (gangguan/sihir/saka) sering menghadapi masalah penyakit tidur. Selain daripada mendapatkan rawatan dari perawat Islam bertauliah, boleh juga amalkan adab-adab sebelum tidur seperti membaca 3 Qul , Ayatul Qursi, 3 Ayat Terakhir AL-Baqarah dan zikir fatimah (tasbih, tahmid, dan takbir 33x), maka dianjurkan juga untuk mengamalkan doa di bawah.

Amalkan dengan membacanya berulang kali sebelum masuk tidur. Boleh juga dibacakan ke atas air dan diminum.

Doa Sukar Tidur Malam

Ya Allah, telah terbenam segala bintang
dan telah terlelaplah segala mata
Dan Engkau tetap hidup dan tegak perkasa
Tidak pernah mengantuk apatah lagi tertidur
Wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa
Tenteramkanlah aku di kala mengharungi malam ini
dan lelapkanlah mataku ini.

Saturday, 28 November 2009

:: Manusia - Jin ?

Blog EntryANTARA MANUSIA DAN JINNAug 7, '08 11:12 AM
for everyone

Kalau dilihat topik-topik perbincangan yang selalu diperkatakan di dalam forum-forum yang terdapat di dalam internet, cerita tentang Jinn selalu diperkatakan. Dan setiap kali bercerita tentang Jinn, maka ayat Al-Quran "Sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia", selalu dipetik atau digunakan sebagai asas si penghujah. Amat jarang sekali aku melihat orang memetik ayat-ayat dari Surah Jinn. Terlalu banyak hujah-hujah dipersembahkan namun kesimpulannya tetap sama iaitu baiklah jangan berkawan dengan Jinn sebab sebaik-baik Jinn itu adalah sejahat-jahat manusia.

Why don't we look at it from another angle. Seperti manusia, Jinn ada yang kafir dan ada yang Islam. Buktinya atau dalilnya, Raja Jinn Aba Yusuf memeluk Islam dari Nabi Muhammad SAW sendiri. Jadi bila Jinn memeluk Islam apakah Rukun Iman dan Rukun Islamnya berbeda dari manusia? Adakah rukun sembahyang Jinn itu berbeda dari rukun sembahyang manusia? Apakah ada Al-Quran versi Jinn untuk Jinn Islam dan Al-Quran versi manusia untuk manusia? Apakah tauhid Jinn itu berbeda dari tauhid manusia. Sekiranya sama, maka Al-Quran dan Hadith sudah tentu menjadi pegangan dan panduan pada Jinn-Jinn Islam. Cuba kita andaikan ada satu Jinn Islam itu, dia taat dan beramal bersungguh-sungguh kepada seluruh ajaran dan suruhan yang terkandung di dalam Al-Qurannul Karim, apakah bisa perangai Jinn Islam yang baik itu itu menjadi sejahat-jahat manusia? Wouldn't their action contradicts the teachings of Islam? Jadi ada pencanggahan disini. Namun aku masih belum ketemu mana-mana orang yang membincangkan hal ini. Tujuan perbincangan itu bukan untuk melihat siapa menang dan siapa kalah. Cuma untuk kita benar-benar memahami tentang makhluk ciptaan Allah yang dinamakan Jinn ini.

Tiada siapa yang menafikan bahawa manusia itu sebaik-baik ciptaan/makhluk. Malah Allah jadikan manusia itu sebagai khalifah. Maka diturunkan Nabi Muhammad SAW dan ajaran Al-Qurannul Karim untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Please take note, kepada sekalian alam. Maknanya selagi ada alam samada nyata atau ghaib. Dalilnya Nabi Sulaiman as bukan sahaja memerintah manusia, malah Jinn dan haiwan tertakluk dibawah pemerintahan beliau. Namun hari ini, manusia bukan sahaja takut pada Jinn tapi senang-senang diganggu dan dibuli oleh Jinn. Dimana silapnya? Adakah Al-Quran dahulu berbeda dari Al-Quran zaman ini? Atau kita yang tidak benar-benar memahami ajaran Islam itu secara total. Atau kita sengaja tidak mahu memahami. Kita ambil sebahagian dan tinggal sebahagian yang lain.

Wallahualam!

Saturday, 21 November 2009

:: Ayat al-Quran sebagai pendinding ?


Bangsa Melayu memang terkenal dengan perasaan hasad dengki samada terhadap musuhnya ataupun terhadap kawannya sendiri. Ini berlaku disemua peringkat, daripada rakyat jelata hingga pemerintah. Cuma bezanya ialah kaedah dan cara perasaan ini lempiaskan samada bertindak secara fisikal atau melalui alam metafizika.

Cerita yang akan penulis sampaikan ialah suatu kisah yang melibatkan pengusaha restoran menjual makanan. Perasaan hasad ini timbul biasanya berlaku ketika seseorang itu berpendapat bahawa orang lain yang menerima sesuatu kelebihan itu tidak wajar diperolehinya dan ia berasa kecewa kenapa ia sendiri tidak dapat habuannya. Dalam Islam biasanya ia ada kaitan dengan hasutan daripada syaitan atau lahir daripada akhlak atau peribadi sendiri yang buruk.

Kejadian ini berlaku di Kampong Baru. Seorang wanita yang dahulunya menjadi pekerja disebuah restoran telah berhenti dan ingin pula mencuba nasib untuk berniaga sendiri. Kedai yang dibukanya agak berhampiran dengan restoran yang terdahulu.

Sebagai persiapan awal dan mungkin juga perkara yang ia jangka akan berlaku, wanita ini telah berusaha untuk membuat "pendinding" dengan menemui kawan penulis sendiri. Ayat AlQuran dibacakan pada pasir dan simin semasa membangunkan tapak kedainya.

Sebulan kemudian beliau datang semula dengan keadaan yang agak cemas dan tergesa-gesa. Beliau melaporkan bahawa semua pinggan dan gelas yang digunakan oleh pelanggannya pecah sebelum makanan dijamah. Beliau nampaknya semacam kecewa kerana pelanggannya rasa ketakutan dan beredar dari kedainya.

"Kak, sebenarnya apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang baik untuk kakak" saya cuba mencelah.

"Kenapa pulak?" soalnya dengan rasa agak terkejut.

"Saya percaya 'sesuatu' telah berlaku, dan sebenarnya pingan yang pecah itu untuk keselamatan pelanggan kakak" saya memberikan keyakinan kepadanya.

"Habis, boleh tolong kakak lagi tak?" dia menyuarakan harpannya.

"Ok, nanti kita orang datang lagi untuk 'menengok' hal ini." janji saya.

Beberapa hari selepas itu penulis dan rakan penulis serta beberapa orang lagi teman yang lain pergi ke kedai kakak tersebut untuk membantu menyelesaikan masaalahnya. kami dibawa naik kerumahnya dan masing-masing bertindak mengikut kemahiran sendiri.

Salah seorang daripada ahli kumpulan telah dapat mengesan punca kejadian ini dan bagaimana sihir ini terjadi. Kedai kakak ini telah disihir hanya dengan upah RM300.00 sahaja. Tetapi kesannya boleh menyebabkan maut.

Semasa menjalankan siasatan dan soal selidik secara ghaib pelanggan kedai kakak ini terselamat daripada sihir yang dihantar. Jin yang membawa racun itu tidak dapat memasuki kedai tersebut.

Apabila ditanya kenapa, jin tersebut menjawab bahawa dia tidak dapat masuk kerana adanya dinding berbentuk cahaya daripada tanah hingga kelangit keliling kedai tersebut. Mendengarkan hal yang demikian, semangat kakak ini telah kembali pulih dan meyakini apa yang telah diusahakan.

Inilah sedikit gambaran dalam masyarakat kita;

1. Tidak senang melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah.

2. Lemahnya keyakinan masyarakat kita kepada kuasa Allah dan hanya percaya kepada sesuatu yang dapat dilihat seperti konsep pendinding itu perlu ada benda yang ditanam atau digantung kepada kedainya.

3. Lemahnya menjaga hubungan sesama manusia dan selalu berkata atau bertindak yang menimbulkan tidak senang dan kemarahan orang lain.

4. Banyak akhlak yang Nabi anjurkan seperti "Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi temannya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri" tidak lagi menjadi ikutan yang baik dan sempurna.

Demikian antara secebis kisah yang dapat didedahkan pada kali ini berkaitan dengan sikap masyarakat Melayu yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sempurna.

Friday, 20 November 2009

:: Ayat tujuh

Amalan Ayat Tujuh - Untuk Pelbagai Masalah




Ayat ini biasanya dikenali dengan panggilan Ayat Tujuh. Ianya merupakan gabungan dari ayat-ayat Al-Quran yang terdiri dari beberapa surah. Jika anda mencetak ayat ini untuk diamalkan, pastikan kesemuanya mempunyai tujuh ayat, kerana imej diatas mempunyai dua bahagian.

Kebiasaannya saya menganjurkan mereka-mereka yang tertekan dengan masalah-masalah duniawi untuk mengamalkan Ayat Tujuh ini selepas solat subuh dan selepas solat maghrib, atau sebelah siang sekali dan malam sekali.

Menurut ulama’-ulama’ yang mu’tabar, barangsiapa yang mengamalkan ayat ini, tiada kuasa seseorang itu memberi mudharat kepadanya. Dan sekiranya jikalau tertutup langit dan bumi sekalipun, insyaALLAH terlepas ia dengan izin Allah swt.

Barangsiapa mengamalkan membacanya di pagi dan petang, insyaALLAH akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada pedaya musuh dan bala dengan izin Allah.

InsyaALLAH juga Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Kesimpulannya, ayat ini lazimnya diamalkan dengan mengharapkan redha Allah swt, dan moga-moga Allah swt melepaskan atau memberi kemudahan dari sebarang kesulitan dan kesusahan.

Tuesday, 17 November 2009

:: Spy

Spy


Assalamualaikum w.b.t.

Catatan kali ini berkaitan spy( pengintip) tukang sihir. Inilah pengalaman pertama kali saya diintip oleh makhluk berbentuk haiwan ketika rawatan sedang dijalankan. Pernah saya catat dalam posting yang lepas mengatakan saya ada merawat 3 keluarga yang mengalami perkaitan gangguan antara mereka. Nak saya catat dalam post kali ini kisah mereka, masa tidak pula mengizinkan. InsyaAllah, ada keluangan masa saya akan catatkan.

Berbalik kepada spy tukang sihir/bomoh/OKS tadi. Spy ini datang apabila saya merawat seorang pesakit yang bernama K dari salah satu keluarga tersebut.

Spy pertama yang datang semasa saya membuat rawatan ke atasnya ialah seeekor ular tedung. Asalnya saya tidak tahu ular itu datang, tetapi selepas rawatan selesai dilakukan, adik kepada pesakit K menceritakan tentang ular tersebut kepada saya. Teringat pula saya tentang cerita guru saya al-Fadhil Ustaz Majid sebagaimana yang diceritakan di dalam blog beliau.

Menurut adik pesakit K, ular tersebut menjalar di atas tanah. Kebetulan adik pesakit K menjenguk ke luar tingkap. Tiba-tiba sahaja ular tersebut berdiri lebih kurang sehasta tingginya dan mengembangkan kepalanya. Adik pesakit K terus membaling sesuatu kepada ular tersebut dan ular tersebut terus cabut lari entah ke mana. Menurut tuan rumah, tidak pernah ada ular tedung berkeliaran di kawasan rumah mereka sebelum ini.

Spy yang kedua datang ketika saya membuat rawatan kedua terhadap pesakit K ialah langau. Hairan saya, begitu banyak langau yang datang sehingga menjadi beberapa tompokan. Ia berkumpul di atas syiling seperti lebah. Dan ada tompokan langau yang begitu berat sehingga nak jatuh ke lantai. Semua wayar-wayar elektrik yang tergantung di dalam rumah(rumah papan)tersebut dipenuhi dengan deretan langau. Dari mana datang langau sebanyak ini pada malam-malam buta ini, soal hati saya. Saya syak, ia adalah spy daripada OKS/bomoh. Sebelum selesai rawatan, saya sembur langau-langau tersebut dengan air rukyah. Peliknya langau-langau tersebut tidak lari ketika disembur dengan air, semacam bertahan dan banyak pula yang mati jatuh ke lantai. Keesokannya, banyak lagi langau mati dan jatuh ke lantai.


Spy yang ketiga ialah belalang daun/belalang pelesit. Spy seperti ini biasa saya hadapi ketika rawatan dilakukan. Belalang ini saya tangkap dan kurung di dalam botol yang diisikan dengan bacaan ayatul Qursi. Tiga hari, belalang ini masih hidup di dalam botol tersebut. Kata orang tua-tua, kalau binatang ini mati selepas 40 hari dikurung ia menandakan spy ini memang kuat. Hari keempat, belalang ini masih hidup, jadi saya masukkan seketul garam dan sebiji lada hitam yang telah dirukyah. Nampaknya belalang ini tidak mahu dekat dengan garam dan lada hitam. Ia bergerak ke bahagian atas (dibawah penutup botol) sedangkan sebelum ini ia duduk di bahagian bawah saja. Beberapa jam kemudian belalang itu sudah tidak bergerak. Sah dah mati.

Menurut pengalaman-pengalaman perawat yang saya pernah saya baca, jin spy itu sebenarnya menumpang di atas belakang langau atau belalang. Inilah kesempatan yang digunakan oleh jin spy untuk merobosi rumah yang dipagari dengan ayat al-Quran, iaitu menumpang di atas belakang binatang-binatang tersebut. Kalau ular pula adalah jelmaan daripada jin spy tersebut. Betul atau tidak Allahua’alam.

Terdetik pula hati saya apakah ayat-ayat al-Quran yang perlu dibaca untuk menutup scan tok bomoh/OKS dengan menghantar spy untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku kepada mangsa yang disihirnya. Maka saya pun membelek-belek nota-nota rawatan sebelum ini. Alhamdulillah, ayat tersebut saya jumpa. Ayat ini sudah hafal tapi tidak tahu khasiat yang selebihnya. Emm.. Bila terhantuk baru nak cari ubatnya. Maklumlah sebelum ini tidak ada kes spy yang dihantar seperti ini ketika saya membuat rawatan.

Tentang ayat tersebut, bukan saya kedekut ilmu tapi tidak layak untuk saya terangkan di sini. Saya ini masih lagi belajar. Cubalah bertanya kepada Guru dan yang lebih arif daripada saya. Apabila membaca ayat-ayat tersebut sebelum memulakan rawatan, Allhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. tiada lagi spy yang datang untuk mengintip. Semoga bermanafaat. Allahua’alam