Tuesday, 17 November 2009

:: Berdamping dengan jin?

Ustaz...berdamping dengan jin ker?

Saya dikejutkan dengan seorang pemanggil yang selalu berkongsi kaedah merawat bersamanya. Adakalanya dia memberikan tips rawatan, adakalanya saya yang dhaif ini berkongsi ilmu dengannya.

Dia menelefon saya setelah selesai berjumpa seorang perawat di Kuala Lumpur.Katanya, perawat KL tu maklumkan padanya bahawa saya bersahabat dengan jin . Siap beritahu nama jin lagi...Ada nama puteri lah, kiyai lah, nama jawa pun ada, nama hindu pun ada, nama melayu ada dan macam-macam nama lagi lah...Perawat KL tu jugak kata tak pelik lah saya boleh buat teknik 'mata batin'....hehehehheehhe

Tergelak sakan saya bila dengar luahan sahabat saya tu..Macam pasaraya Sakan yang jual barangan pelbagai tu.... :D

Walaubagaimanapun, sahabat saya tu dah kenal saya lama..Maka dia test perawat KL tu..tenganga-nganga kawan tu nak menjawab.....

Sebenarnya, saya tak nafi, adakalanya ketika merawat, ada beberapa jin yang turut datang KONON nya nak membantu semasa merawat.

TAPI, guru saya pernah menasihatkan agar JANGAN SESEKALI MENERIMA PELAWAAN BANTUAN JIN!

Atas dasar nasihat guru, saya menolak dengan baik pelawaan jin kerana DIKHUATIRI AKAN WUJUD KEBERGANTUNGAN PADA JIN dan ia boleh menjurus ke arah SYIRIK!

Sebagai contoh persahabatan kita dengan jin ni macam kita berkawan dengan polis atau JPJ.Kononnya kita berkawan dengan mereka dengan tiada niat nak bergantung..Sekadar kawan la katakan..Tapi bila kena saman, confirm kita akan call diorang mintak tolong ejas saman atau bantu mana yang boleh.Kan dah wujud kebergantungan kat situ!

Samalah jugak kalau kita berkawan dengan jin.Mula2 kawan dulu..then, katakanlah kita ada masalah dalam merawat..Tak mustahil kita akan mintak tolong kaum jin samada menengok ker, bertanya ke, mintak jin pulak yang tolong ubat dan mcm2 lagi lah...maka, perkara ini boleh mendorong kita ke arah syirik..

Pasal bab berkawan jin ni memang banyak perbahasan di antara ulamak sendiri..Kita orang awam ni lagilah...Saya tak pula mahu membahaskan hukum berkawan dengan jin kerana pendapatnya banyak...Tapi atas dasar nasihat guru, jauhkan / jarakkan bila nak nak berkawan dengan jin..Risiko Fitnah dan syubhah sangat tinggi...!

Berbalik kepada perawat KL yang diceritakan oleh sahabat saya tu, apa yang perawat KL tu nampak dan nama jin tu ada yang benar dan ada yang tak benar..

TAK BENAR
Saya tidak berdamping dengan jin.Tapi memang ada jin yang nak berkawan dengan saya dan saya menolaknya kerana tidak mahu wujud kebergantungan.


BENAR
Nama jin yang diberitahu perawat KL adalah jin-jin yang ingin bersahabat dengan saya sewaktu merawat. Mungkin ketika proses scan, puak-puak jin tu ada disekitar saya..Maka tak pasal-pasal la saya dituduh berdamping...
Ni lah cubaan perawat...Sabor je lah...

PERSOALAN LAIN
Soalan: Dah tu, ustaz dengan bunian pulak mcm mana?
Jawapan: La, itu saya cuma kenal kampungnya...TAK PERNAH PULAK SAYA KATA BERKAWAN DENGAN MEREKA.. :D

Berbalik kepada perawat KL tu, saya nasihatkan agar jgn mudah buat kesimpulan. Saya pun tahu siapa ANDA...Kan, dedah kat blog ni jadi panjang cerita pulak..

Apa pun, kalau betul la saya ni berdamping, kenapa tak 'buang'?
Kenapa tak rukyah saya?
Dan akhir sekali, kenapa mengelak nak BERJUMPA dgn saya?

Hehehehehh

Wallahu'alam

:: Salib

"Cikgu, Salib tu Apa?"


Apakah perasaan atau fikiran anda apabila anda ditanya oleh seorang pelajar tingkatan 1 soalan sebegitu? Seorang guru sekolah saya menangkap seorang pelajar yang memakai cincin dan apabila diamati cincin tersebut terdapat lambang salib (gambar di atas). Alangkah terkejutnya bila ditanya kepada pelajar tersebut kenapa dia memakai cincin salib dan guru tersebut ditanya semula oleh pelajar "Salib tu apa cikgu?”

Beginilah senario yang belaku di felda tempat saya mengajar. Kejahilan akan agama semakin berleluasa begitu juga aktiviti maksiat sukar dibendung sehingga ada yang masih sekolah sudah melahirkan anak luar nikah, ayah dan abang merogol anak atau adik sendiri dan ada juga yang gemar minum arak (Thai Song) di dalam ladang. Guru serta Ustaz sudah puas mengadakan pelbagai ceramah serta motivasi bagi meningkatkan moral dan akhlak pelajar atau belia lepasan sekolah namun kebanyakan ianya sia-sia belaka. Kebanyakan aktiviti tidak bermoral ini dilakukan selepas luar sekolah menjadikan warga pendidik sukar untuk campur tangan. Ikut sebenarnya gejala seperti ini bukan sahaja berlaku di Felda saya tinggal tetapi mana-mana Felda pun sudah hampir sama cuma berat tidak sahaja

Masjid tidak diimarahkan sebaliknya warung dan tepi jalan menjadi pilihan melepak hingga ke senja maghrib. Budaya barat dan yahudi menjadi pilihan kebanyakan anak muda felda seperti memakai pakaian ketat bagi perempuan, memakai rantai dan gelang bagi lelaki, mewarnakan rambut dan macam-macam lagi. Nak kita orang luar tegur pun susah sebab mak ayah sendiri tak larang…. Habis macam mana…..

Sangat membimbangkan di mana kesedaran akan agama tidak dititik beratkan oleh sebilangan besar komuniti masyarakat felda kecuali warga surau dan masjid yang selalu berjemaah. Anak-anak yang besar panjang masih ada yang tidak pandai untuk menunaikan solat dan ada yang kurang pengetahuan akan fardu ain.

Siapakah yang harus menanggung dosa kejahilan ini? Pengurus Felda? Mak Ayah? Guru Ustaz? Tok Imam Tok Bilal? tepuk dahi tanya sendiri….

Justeru itu saya mohon dan merayu andaikata jika ada di antara pembaca yang mempunyai pengaruh atau kemampuan yang boleh membantu memberi bantuan kesedaran kepada warga felda khususnya para belia dan pelajar ini, tak kiralah kerajaan atau swasta atau badan-badan pendiri yang lain. Bantulah mereka agar mereka kembali kepada agama
Sebelum tiba bala dan murka Allah ke bumi felda ini ...
Sebelum islam tinggal hanya pada nama tetapi hakikat hidup seperti orang yahudi …

Wallahualam


:: Guna khadam/jin dalam rawatan?

TANDA TOK BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHADAM/JIN DALAM PERUBATAN

Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil (yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka.

Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

a. Cara berpakaian semasa mereka berjampi

Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-

i. Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau

memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.

ii. Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.

iii. Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.

iv. Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.

b. Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.

Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.

Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya... " Assalamualaikum, apa hajat

cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

c. Tanpa Menurun / Menyelap

Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara

antaranya :-

a. Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.

b. Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

d. Membelah Batin.

Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat

membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk

menyempurnakan pembedahan ghaibnya.

Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syaratsyarat

berikut, antaranya :-

1. Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam

2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )

3. Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan

4. Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak idan,

malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.

Tok Bomoh yang Makan Upah.

Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.

Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain atas sebabsebab

tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan orang lain

samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang berlebihan.

Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi,

Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.

Cara-cara Untuk Melakukan Penganiyaan.

Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :-

a. Menanam barang-barang Hikmat

Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, di selit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia di

tabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya di sapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.

b. Memuja gambar

Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai. Selain gambar, alat-alat

badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih sayang.

c. Tuju melalui angin/makanan

Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya. Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat kedalam makanan dan minuman seseorang.

d. Memuja Patung sebagai penganti orang yang di aniayai

Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dang sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.

Kesan dan Akibat ke atas diri mangsa.

Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua

peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya :-

a. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau

sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.

b. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.

c. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan

seumpamanya.

d. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.

e. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.

f. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh

g. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.

h. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.

i. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.

j. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.

k. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.

l. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )

m. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi,

sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.

n. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.

o. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.

p. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anakteruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.

Tok Bomoh yang mengambil upah untuk menganiayai orang lain ini amatlah besar dosanya dan telah menjerumuskan dirinya kelembah kekafiran begitu juga orang-orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh-Tok Bomoh dari jenis ini. Kedua-dua belah pihak sama-sama menjadi kafir dan akhirnya sama-sama akan dihumbankan ke dalam neraka di hari Khiamat kelak.

Oleh itu sebagai umat Islam kita mestilah menjauhkan diri daripada Tok Bomoh-Tok Bomoh yang seperti ini. Anggaplah segala sesuatu yang berlaku keatas diri kita itu adalah merupakan takdir dan Qada dan Qadar daripada Allah. Semua kejadian itu adalah atas kehendak Allah, tentu ada hikmah dan nikmat di sebalik semua kejadian tersebut, jangan suka menaruh perasaan dendam, cemburu dan iri hati, kerana perasaan tersebut akan merusakkan diri kita sendiri. Serahlah segala-galanya kepada Allah serentak melalui lidah, anggota, hati yang dinamakan dengan ucapan doa, teguh cita-cita dan usaha ikhtiar, kerana Dialah yang lebih berkuasa dan lebih Mengetahui segalagalanya.

Mempelajari ilmu Sihir, beramal dengannya untuk menyakiti dan mengkhianati sesama manusia, bererti mereka telah mempelajari ilmu sesat ( kufur ), berada dalam kesesatan ( kekufuran ), beramal dengan kesesatan ( kufur ), mati dalam sesat ( kufur ) dan kekal sebagai ahli neraka, selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Islam dengan ucapan dua khalimah syahadat serta taubat nasuha. Segala amalan baiknya itu akan dipindahkan oleh Allah kepada orang yang dikhianatinya. Segala kejahatan mereka yang di sihir itu di campakkan oleh Allah keatas diri penyihir sebagai tambahan kepada kejahatan yang sedia ada. Jika ditakdirkan mereka yang dianiayai itu meninggal dunia, oleh sebab beradat melalui ilmu sihirnya, maka mati orang yang di sihir itu sebagai ahli fitrah ( syurga ) dengan syarat dia telah menerima penyakit tersebut dengan penuh sabar dan bergantung harap kepada kebesaran dan keagungan Allah dengan penuh kesabaran dan penuh redha.

Monday, 16 November 2009

:: Ayat perlindungan diri - 2

Ayat 33) Ayat Perlindungan Diri - 2






Assalamu'alaikum, para pembaca yang dihormati sekelian, disini saya paparkan set AYAT 33, ayat ini adalah gabungan ayat-ayat al-quran dari surah-surah tertentu, biasanya saya berikan kepada pesakit sebagai amalan untuk pendinding diri. Saya mencadangkan agar ayat ini diamalkan selepas subuh dan selepas maghrib, sekiranya tidak mampu, amalkanlah ianya sekali diwaktu siang dan sekali diwaktu malam pada bila-bila masa, jika masih tidak mampu bacalah sekurang-kurangnya sekali sehari.

Ada diantara pesakit-pesakit yang mengalami kesukaran untuk mengamalkan ayat ini, kadangkala halangan-halangan yang biasa di tempuh oleh mereka-mereka yang mengalami gangguan spiritual ialah rasa mengantuk yang amat sangat dan tidak dapat habis membacanya. Sekiranya ada banyak halangan untuk mengamalkan ayat ini, kuatkanlah semangat dan paksa diri anda untuk mengamalkannya. Sila klik pada imej tersebut untuk paparan yang lebih jelas. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

:: Ayat perlindungan diri

Ayat Perlindungan Diri - 1


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

… Allah lah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghimpunkan antara kita dan kepadaNya lah kita kembali. (Asy-Syura : 15)



Ayat ini dikenali sebagai AYAT SATU. Ianya adalah cantuman dari Surah Asy-Syura ayat 15. Menurut keterangan ulama’ yang mu’tabar, diantara manfaat ayat ini ialah :

- Untuk menghindarkan dari gangguan atau kejahatan musuh. Dibaca tiap-tiap selepas solat fardhu seraya membayangkan musuh kita itu dan ma’rifatkan Allah sebagai pelindung antara kita dengan musuh atau dalam perbicaraan sidang pengadilan (mahkamah).

- Apabila berhadapan dengan musuh, orang yang zalim atau orang yang ditakuti mahupun binatang buas, maka bacakanlah ayat ini satu kali sahaja, InsyaAllah akan lepas dari aniaya dan kejahatan mereka.

- Ayat ini juga boleh diamalkan untuk perlindungan dari gangguan jin dan sihir dibaca 33 kali diwaktu pagi dan malam dengan mema’rifatkan Allah swt sebagai pelindung atau benteng diantara diri kita dan kejahatan-kejahatan tersebut.

Saturday, 14 November 2009

:: Pontianak menumpang?

Misteri: Kereta berat ditumpang pontianak

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my

Enjin mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60km

MENGHABISKAN cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (buka nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.

Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini.

Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenan yang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram, pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlah kebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era kolonial lagi, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang.

Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orang Melayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasuk pencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-hari mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.

Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buas atau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupun versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebab tersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untuk mengambil iktibar.

Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewat memulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akan mengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yang sempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dan curam. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.

Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaik melepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.

Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut. Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.

Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datang bulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukup serius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin kereta terdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam (km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama. Pelik, padahal kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser pun belum dipanjat lagi.

Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.

Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalu lama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka sekeluarga.

Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurney dibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjin mengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisu sehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.

“Nampak tak apa yang saya nampak?” kata Ghazli dengan wajah serius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkan kepala.

“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kita dan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi...” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpang makhluk yang dikenali sebagai pontianak.

“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cuba mengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kita tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.”

Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser hanya pada waktu siang.

Tuesday, 10 November 2009

:: Rawatan sihir

Kaedah Rawatan sihir guna-guna...




Malam tadi berkemas sikit kat rumah saya terpandang kertas tentang kaedah rawat sihir pengasih ni....jadi saya upload kat sini....