Saturday, 24 October 2009

:: Jin dan punca penyakit ditarik

TARIK PUNCA PENYAKIT...BUKAN JIN JE!

Assalamualaikum para pembaca semua.

Semoga sentiasa dalam rahmat & hafazohNya.

Agak lama tak menulis pengalaman rawatan lantaran kurangnya merawat. Ini kerana saya lebih fokuskan kepada urusan sekolah seperti peperiksaan, kemaskini fail & juga kelas tambahan. Dalam minggu ni baru ada buat rawatan yang kebanyakannya dari kalangan rakan-rakan guru.

Hari Rabu baru ni saya merawat seorang rakan guru menggunakan kaedah akupuntur. Katanya badan lemah, jadi dia nak cleanse, balance & boost balik dia punya body energy. Jadi rawatan saya buat bagi titik-titik utama.

Sementara menunggu, saya buat pula urutan refleksi bagi seorang rakan guru yang lain. Dari maklumat yang diberikan oleh beliau saya mengesyaki yang beliau mengalami masalah haematuria (kencing berdarah) atau pielonefritis (radang buah pinggang/pundi kencing) & juga colitis (radang usus besar). Antara simptom-simptomnya adalah sakit pada bahagian ari-ari, suhu badan meningkat, menggigil & muntah, kencing berdarah, najis berdarah, kurang selera makan, lemah badan & perut kembung. Bahkan beliau telah dimasukkan ke wad baru-baru ni. Dalam perubatan alternatif, masalah ini dikelaskan sebagai penyakit sejuk & memerlukan makanan yang banyak kandungan protein. Walau bagaimanapun, sebaiknya protein dari sumber tumbuh-tumbuhan. Elakkan daging merah & makanan yang diawet. Disyorkan makan daging putih seperti ikan & ayam. Elakkan juga dari mengambil makanan yang mengandungi susu & ragi/yis.


Jadi saya telah membuat urutan refleksologi & bahagian yang didapati bermasalah adalah titik-titik/kawasan usus & sistem ginjal. Tindakbalas daripada urutan ini telah menguatkan lagi apa yang saya syak sebelumnya. Saya kemudiannya menamatkan sesi rawatan ke atas beliau dengan mengajar beliau mengurut bahagian-bahagian yang berkenaan.

Setelah selesai, rakan yang menerima rawatan akupuntur meminta pula saya scan dirinya kalau-kalau ada masalah gangguan. Setelah discan, memang ada. Bila saya baca An-Nida', kaki kanannya bergetar-getar. Lalu saya kemudiannya dengan izin Allah s.w.t. menarik keluar gangguan tersebut. Semasa tarikan dibuat, beliau kata ada rasa semacam pada bahagian kakinya, bergerak dari bahagian atas tubuhnya hinggalah ke hujung kaki & keluar melaluinya. Wallahu a'alam.

Cuma apa yang membezakan tarikan saya pada kali ini adalah niat saya, iaitu saya niatkan menarik semua penyakit & juga puncanya, sama ada ianya dari kalangan jin ataupun bukan. Kenapa? Nanti kalau diberikan kesempatan nanti, saya akan terangkan kenapa, insyallah.

Ekoran dari rawatan yang saya telah berikan terhadap 2 orang rakan guru ini akhirnya telah mencetuskan satu cadangan dari kalangan rakan-rakan guru yang lainnya agar saya (yang masih lagi bertatih sebenarnya dalam bidang rawatan alternatif ni) mengadakan satu siri kursus berkenaan terapi refleksologi kerana ianya sangat bermanfaat, mudah & praktikal...bi iznillah.

Friday, 23 October 2009

:: Rahsia bomoh ?

Membongkar Rahsia Bomoh

Kepercayaan kepada yang ghaib adalah suatu naluri semulajadi kepada semua manusia, tanpa mengira bangsa atau agama. Bahkan untuk membantu ummat manusia mempercayai Nabi mereka, Allah swt akan mengurniakan mukjizat kepada setiap RasulNya. (Gambar keris sebenar yang diperolehi daripada bomoh tersebut)

Namun demikian manusia yang ingkar tetap tidak akan beriman kepada Allah sehinggalah mereka dapat melihat sendiri Allah Yang Maha Agong dan pastinya tidak dibenarkan kecuali baginda Muhammad saw.

Oleh yang demikian, bagi manusia biasa, dalam usaha untuk mempengaruhi manusia lain mereka akan berusaha menunjukkan sesuatu yang ganjil dan pelik sebagai membuktikan mereka adalah manusia istimewa yang mana ajaran dan rawatan mereka adalah yang benar dan mujarab.

Pengalaman ini dilihat sendiri oleh penulis ketika mengikuti rakan bagi mendapatkan rawatan daripada seseorang bomoh di Kuala Lumpur. Bomoh ini terkenal sebagai bomoh yang terbesar di Malaysia dan mendakwa boleh mengubati semua jenis penyakit terutama rawatan suami isteri dan terkena sihir. Iklannya sentiasa terpampang di muka surat akhbar tabloid.

Semasa temujanji pertama dibuat, bomoh ini telah menunjukkan keahliannya mengesan penyakit rakan penulis dan seterusnya memberikan sesuatu amalan sebelum datang semula menemui beliau.

Dalam pertemuan kedua inilah pelbagai lagi kehandalannya yang dipertontonkan; dalam lipatan surat yasin yang telah ditapakan, terdapat replika kecil bentuk patong budha yang masih terasa panas, yang membuktikan bahawa pesakit terkena sihir. Seterusnya bomoh tersebut menunjukkan beberapa lagi kemampuannya seperti air yang dicurahkan di dalam golongan kertas menjadi batu permata dan tali yang dipotong menjadi keris.

Bomoh tersebut memang ahli dalam komunikasi dan psikologi manusia. Dalam keadaan rela atau tidak, oleh kerana pesakit sangat mengharapkan untuk sembuh, maka rawatan minta diteruskan. Keyakinan menjadi lebih kukuh apabila bomoh tersebut tidak meminta sebarang bayaran.
Setelah persetujuan dibuat, bomoh tersebut meneruskan syaratnya. "Awak dikehendaki memanggil 40 orang untuk solat hajat selama 40 malam." saranannya.
"Saya rasa agak sukar untuk mencari 40 orang untuk selama 40 malam itu" keluh rakan penulis.
"Kalau begitu saya ada cadangan sekiranya awak bersetuju; di kampung saya ada kumpulan yang boleh bantu kes awak ni." terang bomoh tersebut. "Tetapi awak fikir sendirilah, saya tak ambil upahnya, cuma awak fikirlah makan minum mereka untuk setiap kali solat hajat. Kalau kita kira RM3.00 seorang untuk semalam, kalilah dengan 40 orang dah jadi RM120.00, maka selama 40 hari kiralah berapa agaknya ye. Kira-kira empat ribu lebih. Tapi tak apa lah, bayar RM2,500.00 pun boleh juga." cadangan bomoh tersebut.

Inilah antara senario dalam masyarakat kita bagaimana proses perawatan ini dilakukan dan bagaimana ianya seolah-olah menjadi sebagai satu sumber dalam masyarat manusia. Penyakit rakan penulis tidak juga sembuh.

Mengusai jin ini bukan hanya dilakukan oleh para bomoh, tetapi banyak juga digunakan dalam persilatan, penjualan ubat, pemimpin dan sebagainya.

Firman Allah swt maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata kata dusta yang indah indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa-apa yang mereka ada adakan itu. - Surah Al An'am ayat 112."

:: Kisah pencungkil gigi..

Friday, October 23, 2009

Hanya Kerana Pencungkil Gigi..





Ada satu ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura diceritakan begini.....

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat...
Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. Lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa?

Maka berceritalah lelaki itu.... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga.

Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...

Elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...
Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar....
Azab neraka itu adalah benar...Dan syurga itu adalah benar...
wassalam...


:: Ayat Qursi - 2

22.10.09

Menutup Scan

Suatu Ilmu untuk menutup scan. Ia perlu untuk menutup scan anak2 yang jenis ketakutan apabila melihat makhluk halus.

Ayat Qursi dan Kaifiat Mengamalnya - 2

DEN ingat nak sambung jo dalam topik asal...Tapi dah panjang benar...sebab penganjur marah...Iklan tak masyuk...

Sesudah diamalkan dan di jazamkan....maka lanjutkan amalan dengan memilih jumlah2 tertentu sebagai istiqomah kita...kalau kita dah tetapkan 18x sehari...maka jangan main YO-YO..hari ni 18..esok 200...lusa 3..tulat 135..dan seterusnya..hendaklah di amalkan yang termampu..katakan 18...biarlah 18x ..lebih takpa...sebab iman kita pun macam belon ma...cuma jangan kurang...

Maka untuk amalan ampuh pendinding ada disertakan beberapa kaifiat yakni yang diluar procedure biasa...Ini kerana hendaklah setiap insan itu mempunyai ISO 9000...ada faham ?


Qursi 8 :

Ianya dinamakan 8 kerana ianya dibaca lapan kali...

Bacaan Qursi sekali pada setiap tempat dibawah :

1) Di tiup kehadapan..sambil makrifat ada didinding didepan.

2) Di tiup kebelakang ( pakai makrifat je ).sambil makrifat ada didinding dibelakang.

3) Di tiup kekanan..sambil makrifat ada didinding dikanan.

4) Di tiup kekiri..sambil makrifat ada didinding dikiri.

5) Di tiup keatas..sambil makrifat ada didinding diatas.

6) Di tiup kebawah..sambil makrifat ada didinding dibawah.

7) Di tiup pada diri...

8) Di telan air liur ... Air kautsar...Merangkumi kesemua 7-7 dinding qursi tadi..yakni macam Bola melingkungi segi empat sama...


Qursi 15 :

Wednesday, 21 October 2009

:: Kisah jin

Jin Tidak Dapat Mengetahui Hati @ Fikiran Manusia

Jin Tidak Dapat Mengetahui Hati Manusia

Berdasarkan beberapa pengalaman dalam proses rawatan dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa Jin tidak dapat mengetahui hati/fikiran manusia. Jin hanya mampu mengikut arahan berdasarkan bahasa yang dikeluarkan di mulut (pita suara) kita sahaja.

Semasa proses rawatan di dapati ada pergerakan di bahagian kaki dan saya ingin berdailog dengannya (bahasa isyarat) misalnya angkat kaki, jatuhkan kaki dan seumpamanya. Pernah satu ketika saya tersasul dengan menyebutkan perkataan angkat kaki sedangkan dalam fikiran saya hanya meminta untuk menggerakan ibu jari kaki sahaja. Saya agak hairan kerana seluruh bahagian kaki hingga ke paras paha terangkat tetapi rupa-rupanya saya tersasul bicara.

Dengan ini jelaslah bahawa Jin boleh berkomunikasi dengan perawat tetapi dengan bahasa yang di keluarkan melalui pita suara kita. Kalau kita mengarahkan dengan bahasa tanpa suara arahan tidak dapat disampaikan. Jesteru itu, kalau perawat ingin tidurkan Jin, ingin meminta Jin keluarkan dari tubuh pesakit arahan perlu dilakukan dengan jelas melalui pita suara/mulut. Contoh, “Keluarlah kamu wahai makhluk Allah dengan izin Allah swt”.

Semoga tulisan dan pengalaman dalam proses rawatan ini menambahkan perbendaharaan ilmu kita untuk mengenali dunia Jin.

:: Mistik harimau ?

Mengenal Kekuatan Mistik Harimau !


Harimau adalah jenis hewan liar yang biasa disebut si raja hutan. Ia memiliki taring, cakar dan kulit yang semuanya bisa di manfaatkan dalam dunia goib. Jika saja harimau tsb meninggal karena usia (biasa disebut mati “ngurak”), maka sudah barang tentu semua bagian tubuhnya akan dapat digunakan sebagai jimat.

Ada sebagian besar harimau mati tidak karena usia, misalnya karena mati ditembak, maka kekuatan goib yang ada dipercaya kurang besar, lebih besar kalau ia mati “ngurak”. Adapun bagian tubuh harimau yang mati dapat kita jadikan sebagai salah satu benda bertuah adalah sbb :

1. Kulit Harimau.
Pada umumnya setelah harimau mati karena usia, maka kulitnya memiliki kekuatan alami yang dapat membuat orang yang membawanya akan terlihat berwibawa, dg kata lain kulit harimau sesuai digunakan untuk kewibawaan. Nah sifat alami ini kadang dari beberapa spiritualis diyakini kurang mampu menampilkan auranya sehingga dibuatlah tulisan berupa “rajah” agar menambah kekuatan goibnya.

2. Kuku Harimau.
Kuku harimau memiliki ketajaman yang luar biasa jika memang ia masih berada pada jari2 harimau. Kukunya dapat disembunyikan sebagi mana seekor kucing menyelipkan kukunya jika tidak digunakan.

Kuku harimau konon memiliki kekuatan goib yang bisa mebuat orang yang memakainya mampu berlari secepat harimau, bahkan lebih. Kalau kita mendapati harimau yang mati karena lanjut usia, maka kukunya dapat kita gunakan untuk hal tersebut. Caranya kuku harimau kita taruh pada jempol kaki kanan atau kiri sbg kuku palsu. Jika kita kita melakukan perjalanan misalkan dari Jakarta ke Bogor, maka waktu yang dibutuhkan kurang lebih 10 menit, bahkan bisa kurang.

Perjalanan biasanya dilakukan pada saat tengah malam saat orang2 sudah terlelap. Perjalan yg dilakukan pun biasanya tidak melewati jalan umum / yang biasa digunakan oleh kendaraan umum. Menggunakannya memang tidak semua orang mampu melakukannya, hanya orang yang memilki kekuatan goib yang telah dapat menyatu dengan alam dan tinggi tingkatannya.

Jika kuku ini kita jadikan sebagai kalung, maka aura panas akan berada dan menjadikan kita bersifat pemarah. Hal ini akan tampak dari sikap kita yang dapat berubah manakala kita memakainya tanpa dapat menguasai kekuatan goibnya. Kekuatan yg berada dalam kuku harimau ini memiliki sifat alam yang kuat dan panas.

3. Kumis Harimau.
Kumis harimau pada umunya berjumlah kurang lebih sekitar 30 helai. Kumis ini konon dipercaya juga dapat menampilkan kewibawaan tersendiri pada orang yang membawanya. Jika dengan membawa kumis ini dirasa kurang mampu menjaga keberadaannya maka beberapa orang melakukan pemasukan kumis harimau kedalam tubuh dengan jalan susuk.

Hal ini sering dilakukan oleh orang yg kurang mau berpikir tentang sifat alami dari kumis harimau. Hal ini sebenarnya berbahaya bagi orang yg kurang mampu mengendalikan kekuatan kumis ini, karena sifat alaminya adalah panas dan beraura merah.

Jika suatu benda yg merupakan bagian tubuh dari harimau dilihat memiliki kekuatan goib yang berupa penunggu misal orang tua dg jubah atau lainnya, maka ini berarti kekuatan tersebut berasal dari rajah, atau jin yg menempati benda tersebut namun ada kalanya merupakan khodam dari benda tsb. Bisa juga berasal dari kekuatan orang yang membuat rajahan tsb.

Tuesday, 20 October 2009

:: Ayat Qursi - 1

18.10.09

Ayat Qursi dan Kaifiat Mengamalnya....

Oleh kerana ramai benar peminat Syeikh Kandiyas al Tambi al Banjari Al Kedahi Al Machester United....ada baiknya DEN stop kan ke bullshitan ni semua once for all...

ITU Kandiyas...DEN kasi body Slam je...Mengarut je...

Sesuai dengan kebesaran Ayatul Qursi..Khadam Ayat tersebut pastilah Kekasih Allah sendiri yakni Muhammad s.a.w.

Maka kerana itu untuk menjazamkan Ayat Qursi hendaklah selawat dan salam serta di hadiahkan Al-Fatihah kepada Rsulullah s.a.w.

Di sebelah Patani...Ramai tok-tok Guru menggunakan Qursi sebagai Salah Satu Cara melindung diri didalam Kaedah Lam Jalalah.

Kaedah menjazam ayat Qursi yang paling asas ialah:


1) Baca Selawat..Hadiah Fatihah pada Rasulullah s.a.w dan Guru2..Niat nak jazamkan Amalan Ayatul Qursi.

2) Di amal selepas Isyak sebanyak 313x tanpa putus yakni tidak boleh batal wuduk atau bercakap di pertengahan..Kalau terbatal, terkentut atau sakit perut secara tiba2..pi le toilet.takan kaifiat dalam toilet pun DEN nak ajar...Biasanya kalau jadi camtu...pasti ada unsur2 mistik...

3) Kalau dah batal...ambil wuduk balik dan buat balik dari asal yakni start 0.

4) Kalau tak larat...buat di lain malam...malam jumaat tak digalakkan...takut kaum ibu merengek-rengek atau kaum bapa gelisah semacam je...Tapi nak buat apa salahnya..kalau Batal jangan cakap DEN tak pesan....Ada member yang sampai 7 malam baru dapat sukses..DEN cakap kalau ada apa2 kelebihan seperti pahala dan sebagainya untuk malam yg gagal 6 kali tu..tetap ada...sebab kita baca Al-Quran.

5) Tak payah baca 9 perhentian..baca cam biasa je...Baca bismillah boleh sekali dipermulaan sahaja...


Sesudah Jazam....Bolehlah mula diamalkan untuk pakaian harian...
Pilih samada 7x, 18x, 21x, 51x, 72x, 144x sehari....Tidak perlu sekali gus...

Peringatan :

1. Kaedah 7x - untuk self defense.

2. Kaedah 18x - sudah ada auto censor - bila berhampiran tempat angker atau orang yg bermasalah pasti kita dapat terasa sesuatu..itu bergantunglah kepada tahap kepekaan memasing...boleh di uji dengan bertanya kepda mereka yg boleh scan nampak.

3. Kaedah 51x - Boleh menjadi ancaman kepada sihir dan makhluk halus.

4. Kaedah 72x dan 144x tu korang dah boleh jadi ULTRAMAN TARO...

Suatu kaifiat lain sesudah jazam ialah membaca dalam wuduk 1,000x selama 41 hari..DEN sendiri tak pernah dapat..DEN dapek buek 21 hari je....Yang ini tak yah straight cuma perlu wuduk aje....Perghhhhhhhhhhhhhh...Sifu DEN tak pernah kasi tau apa kelebihannya...DEN pun amal masa DEN form 3 dulu...

Sunday, 18 October 2009

:: Penawar bagi penyakit

Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

(Abu Daud)

Huraian:

1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.

2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.

3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.

4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan-keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.

5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.

Dipetik dari
ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp